Pengikut

Isnin, 28 Mac 2011

Filem Cun tu cun sangat ke?

Akak kat office aku ni pernah tanya aku,

"Filem Cun tu cun sangat ke?"

Amboi-amboi akak, mentang-mentanglah saya pergi tengok Movie Preview Cun kat GSC Times Square hari tu kan? Okok. Ni nak cerita lah ni. Best ke tak filem Cun lakonan Maya Karin ngan Remy Ishak tu.
Tapi before tu, nak ucapkan thanks lah kat Tayangan Unggul & Nuansa atas jemputan tu ye. 



Okok back to filem Cun ni.
Bagi aku kan, filem ni sumpah best. Jarang kita dapat tengok filem komedi romantik Malaysia yang aku rasa cukup serba-serbi.Kiranya filem ni bukan macam filem-filem komedi romantik melayu yang pernah kita tengok. Tahniah Osman Ali. 

Aku kan, kalau nak tengok sesebuah filem tu, perkara paling penting bagi aku, Pengarah dia. Dan aku percaya Osman Ali takkan mengecewakan aku dengan buah tangan terbaru dia ni. Jujur aku cakap, Osman Ali ni pengarah yang versatile. Ingat lagi filem "Anak Halal" dan "Puaka Tebing Biru"? Kiranya kan, Osman Ali nak buktikan bahawa dia boleh mengarah pelbagai genre filem dan hasilnya cukup baik.

Berbalik kepada filem Cun! ni, sepanjang 1 jam 45 minit durasi tayangan tu, aku rasa sangat teruja. Jalan cerita memang bagi aku biasa sangat. Rasa macam alah, dah banyak dah cerita macam ni. Tapi kan, apa yang membuatkan Cun ni best, ialah cara cerita ni dipersembahkan. Aku rasa macam feeling nak je ikut Luna Latisya (Maya Karin) ni lari ke kampung tu. Kehidupan kampung yang digambarkan dalam filem ni, buat aku rasa bestnyaaaa duduk kampung. Sumpah tak tipu.

Selain tu, aku cukup kagum dengan lakonan hampir kesemua pelakon dalam filem ni. Keserasian Remy dan Maya memang cukup-cukup terserlah dalam filem ni. Macam real sangat bercinta. Then, watak adik Remy, Manis (Nadiyatul Nisaa) memang aku rasa agak baik. tak lupa juga watak Tom (Faezah Elai). Kiranya kehadiran watak-watak pembantu ni menguatkan lagi cerita ni. Tak lupa juga Kartina Aziz yang memang hebat, Ning Baizura yang sumpah overrr sangat dalam filem ni dan juga Jehan Miskin dan Marsha.

Dalam filem cun ni, ada satu babak yang aku suka sangat. Bukan babak Remy Ishak seksi tak pakai baju main air dengan Maya Karin. Bukannn tau. Tapi babak Remy marah adik dia dengan Maya Karin dan Faezah kat lori. Siyes babak ni real sangat. Kelakar ada, sedih pun ada.

Korang kan, kalau pergi tengok nanti, aku gerenti korang akan puas hati punya. Filem ni kan, bila aku keluar wayang, aku still tersenyum. Takde apa yang nak dimaki. So, apa tunggu lagi, serang panggung mulai 31 Mac 2011 ni ok!

SINOPSIS FILEM CUN.


Panjang ni. Kalau malas baca, pergi tengok terus je.


Luna Latisya seorang pengacara terkenal, bercinta dengan Ryan Hidayat, seorang pelakon. Program yang diacarakannya (Meletops) memerlukan beliau menerjah kehidupan peribadi selebriti tanahair. Yang terkini, ‘Meletops’ ke rumah Ryan Hidayat untuk kejutan hari lahirnya. Namun lain pula yang terjadi apabila Ryan ditemui bersekedudukan dengan seorang artis baru, Siti Senjakala. Luna berang lalu terus memandu pergi bersama Tom, pembantu peribadinya. Tom membawa Luna ke kampung halamannya di Utara Semenanjung. Sampai di kawasan kampung, kereta Luna tersekat di kawasan lumpur, memaksa Luna dan Tom bermalam di dalam kereta.


Keesokannya, mereka ditemui oleh Atan, kawan baik Tom di kampung. Mereka dibawa ke rumah Atan. Pada awalnya Luna sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran kampung. Setelah beberapa hari, kereta Luna masih belum siap. Luna tiada pilihan, kecuali terus bermalam di rumah Atan. Namun keluarga besar Atan yang cepat mesra menyebabkan Luna mula menyesuaikan diri. Adik Atan, Manis, gadis `istimewa’ sangat sukakan Luna. Kereta sudah siap, tibalah masa Luna perlu kembali ke Kuala Lumpur. Luna yang mula jatuh hati dengan persekitaran dan orang-orang di situ meminta izin untuk tinggal lebih lama. Semua orang gembira dengan keputusan Luna. Luna dan Atan semakin rapat, walaupun sering tak sependapat.


Luna kini mengenali kehidupan kampung yang selama ini begitu jauh daripada dirinya. Daripada bermain lumpur di sawah, menunggang kerbau, hinggalah memasak di dapur kayu, semua sudah dipelajarinya. Orang popular sepertinya, lambat-laun pasti dapat dijejaki. Krew penerbitan ‘Meletops’ dapat menjejaki Luna. Ryan turut serta untuk memujuk. Luna tiada pilihan, kecuali pulang ke KL apabila Atan menghalaunya setelah menyangka Luna adalah tunangan Ryan yang selama ini cuba disembunyikan oleh Luna. Luna kini kembali mengacara. Candy, penerbit rancangan ‘Meletops’ sentiasa mahukan rancangannya mengungguli carta teratas. Tanpa pengetahuan Luna, Candy menjemput Atan menjadi tetamu rancangannya. Atan bersetuju. Merekapun bertolak ke KL menaiki lori Atan. Rancangan bersiaran secara langsung, Atan dibawa masuk… Luna dan Atan terkedu apabila bertentang mata. Atan marahkan Luna kerana menyangka Luna menipu dan mempermainkannya. Luna pula marahkan Candy kerana memperalatkan mereka berdua untuk menaikkan lagi carta rancangan ‘Meletops’

So camne? Best?
kat bawah ni ade trailer ngan lagu tema yang Remy Ishak duet ngan Maya Karin tu. Sedap jugak.








*Kenapa ek tajuk filem ni Cun??? Sape tauuu kenapa???


10 3 makhluk hot tengah panas!:

<b>IRAH HAJERAH AZMAN</b> berkata...

:| nampak gaya macam aku bersedekah dengan GSC alamanda la bila cerita ni keluar. ish. seriyes taun ni byk giller movie movie best :|

Abir Abhar berkata...

wow irah, nak alamanda je..
pekatew, kauw belanjew akuw sekaliw?

Mimi Saidi berkata...

haaa..nak tgk! kalau x syok siap kau eh

Abir Abhar berkata...

mimi,
best weh tak tipuuuuuuu

Berto berkata...

bila keluar ni, bila??

Abir Abhar berkata...

Berto, hari ni bro hari ni

edzlin007 berkata...

tgk poster tak menarik langsung, tp bila tonton je...wahh hahahahahaha...

sekian... :D

Tanpa Nama berkata...

puaka tebing biru?
ko da tgk ke?
cite paling sak SUCK penah aku tgk

Oasis berkata...

dh tgk citer ni...memang cun habis.

Lorna berkata...

bg lorna tak bape best citer ni...;p hehe