Pengikut

Rabu, 2 Februari 2011

Tong Totong Tong Cang!

Hai semua!


Esok kita semua akan sambut Tahun Baru Cina. Kepada semua rakyat Malaysia berbangsa Cina, Selamat Menyambut Tahun Arnab ye! Moga tahun ni dapat manyakk angpau and manyak ong lah!


Ini ada beberapa fakta menarik aku nak kongsi dengan korang semua tentang Tahun Baru Cina ni. Sila ambil kesah ye!

  • Sebelum tiba Tahun Baru, masyarakat Cina akan membersihkan rumah untuk membuang musibah dan malang tahun-tahun lepas. So, lepas ni senang lah "Ong" nak masuk rumah.
  • Rumah-rumah dihias dengan kertas-kertas merah supaya tahun ni lebih baik dari tahun lepas.
  • Jangan mengada-ngada nak sapu rumah pada pagi Tahun Baru. Nanti takde ong tau tak.
  • Angpau, untuk yang belum kahwin ye, Yang dah tua tak kahwin pun boleh dapat angpau. Tapi zaman sekarang ni, yang mana dah kerja tu, murah hati lah sikit bagi kat budak-budak tu angpau jugak.
  • Tarian singa yang macam best tu, tujuan dia, nak halau puaka. Yelah, bunyi bising semua tu, mana tak lari hantu-hantu jahat.
  • Hari ketujuh dikenali sebagai hari jadi orang ramai, iaitu hari yang mana usia setiap orang ditambah lagi setahun menurut pengiraan kalendar qamari Cina
  • Hari Ke-15, masyarakat Cina akan menyambut Chap Goh Meh, ataupun dikenali dengan perayaan tanglung.
  • Bunyi mercun tu boleh halau roh-roh jahat. Sebab tu lah ade je bunyi mercun ni setiap kali CNY ni.



Yang ni pulak dari Wikipedia

Tuah baik

  • Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun baru.
  • Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun.
  • Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi pemakannya.
  • Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru agar mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang.
  • Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama mencerminkan peristiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun. Maka, orang Asia mengambil kesempatan untuk berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh harapan untuk menambah kekayaan.
  • Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak orang yang bergosip tentang pemakainya.

Nasib Malang ("Tuah buruk")

  • Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina kerana perkataan bahasa Kantonis bagi "kasut" sama bunyinya dengan perkataan "kasar" atau "sukar".
  • Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan Kantonis bagi "seluar" sama bunyinya dengan "pahit". (Namun ada yang menganggapnya sebagai positif, kerana perkataan bagi "seluar" dalam dialek itu juga sama bunyinya dengan "kaya".)
  • Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya dengan hasil. Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai "memotong hasil dalam bahasa Kantonis".
  • Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihal kebersihan sering telah mengatasi tradisi ini.)
  • Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah bagi tahun baru.
  • Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun Baru Cina kerana ini turut dianggap tidak bagus.
  • Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek Cina bagi "buku" sebunyi dengan perkataan bagi "kalah".

OKLAH. Selamat kutip angpau

5 3 makhluk hot tengah panas!:

Judiene berkata...

Da macam wikipedia da blog ko neh.
Hehe.
Yeah, good to know.
'Xinnian Kuaile'

:D

Berto berkata...

aummmmm. gongxifachai.

beli buku x boleh? keh2, dari dulu lg aku jenis x beli buku

aqu slumbers berkata...

INGIN TINGKATKAN TRAFFIC BLOG ANDA?
SERTAILAH KAMI DI "MALAYSIAN BLOGGERS COMMUNITY"
PING BLOG ANDA DISINI.

CLICK TO JOIN "MALAYSIAN BLOGGERS COMMUNITY"

Abir Abhar berkata...

:-)

kampung mali berkata...

kelakar sia...