Terima Kasih Cinta, teater pertama yang aku tonton di Istana Budaya. Yes, pengalaman baru yang memang rasa macam nervous sangat. Yelah kan, selama ni tengok IB tu dari luar je. Ini first time kot masuk IB. Thanks to Abang Ajami Hashim yang tak percaya aku tak pernah masuk IB tu lagi dan juga bro Sultan Muzaffar yang baik hati jemput I yang comel ni. Auwww. Thanks kanda berdua.
Back to story yang I nak share ni, Terima Kasih Cinta (TKC) ini merupakan adaptasi dari filem "Cinta" arahan Kabir Bhatia back in 2006 dulu. Eventhough dah lama, tapi rasanya, masih ramai yang ingat lagi betapa cantiknya garapan kisah-kisah cinta dalam filem Cinta ni dulu. 5 kisah cinta dalam satu filem. Rasanya, ramai yang tersentuh dan merasai betapa indahnya cinta yang cuba disampaikan oleh Kabir dulu.
Kali ini, aku mengharapkan magis yang aku rasakan ketika menonton filem Cinta akan hadir lagi dalam teater Terima Kasih Cinta ini. Dan ternyata, selepas tamatnya pementasan, perasaan aku bercampur baur. Aku merasakan yang TKC ini lebih kepada teater yang moden, mempunyai nilai komersial dan mudah difahami oleh segenap lapisan penonton. Jalan cerita TKC sebenarnya tiada beza pun dengan filem Cinta. Cuma ada sedikit perbezaan dari segi lakonan dan juga feel ketika menonton.
Apa bestnya dan istimewanya TKC ni?
- Skor muzik dan lagu yang aku rasa cukup hebat dan cukup indah. Ada lagu yang boleh buat meremang bulu roma. Seriously, setiap lagu yang dipersembahkan, dinyanyikan secara live dan menggambarkan emosi dalam sesuatu babak. Pemilihan lagu pulak, memang kena pada tempatnya dan pastinya lagu-lagu hits sepanjang zaman macam Sejati, Belaian Jiwa, Itu Kamu, Cinta dan banyak lagi.
- Pelakon yang boleh menyanyi. Jujur aku cakap, aku kagum dengan kehebatan Latiff Ibrahim, Nadia Aqilah, Vince dan Tony Eusoffe. Dorang menyanyi dengan penuh emosi. Kiranya boleh rasaaa lah. Selain tu, apa yang aku nak puji, pelakon-pelakon pembantu kat belakang tu pun tak kurang hebatnya. Dorang cukup hebat lah menyanyi in harmony. Kelasss sangat..
- Pelakon kanak-kanak yang comel banget. Tak tau nama dia, tapi dialah yang pegang watak Alisa tu. Dahlah comel. Menari pandai, berlakon pun pandai.
- Set pentas yang unik kot bagi aku. Sebab ada dua tingkat dan 6 kotak. Ala-ala almari macam tu. Lighting pun smart cuma kalau boleh, kotak yang taknak penonton tengok tu, tutup lah lampu dia.
- Pelakon-pelakon pakai baju ikut tema kaler-kaler. Kan ade lima kisah berbeza. So, senanglah penonton nak cam ni sape dan ni sape.
- Wardrobe yang kelasss gittew. Kalau boleh aku nak je curik suit oren ngan kasut oren yang Tony Eusoffe tu pakai. Cuma kasut pink yang Shajiry pakai tu over sangat pink nya. Tak kuasa I!
- Suntingan dan garapan dari babak ke babak yang aku rasa smooth. Kiranya sape yang tak tengok movie Cinta pun, still boleh faham. Takde lah sebok-sebok nak tanya orang sebelah kan?
Apa yang tak bestnya TKC ni?
- Ada babak-babak yang buat aku menangis dalam movie Cinta tapi dalam TKC babak-babak tu macam tak sedih lah pulak. Siap ada yang dorang tukar jadi macam komedi pulak. Penat je I bawak tisu banyak-banyak.
- Lampu-lampu kat keliling kotak yang tiba-tiba terbukak time yang tak patut. Berpinar jugaklah mata ni weh. Emo jap.
- Shajiry. Kenapa? Sebab aku memang tak pernah suka dia berlakon. haha.
- Banyak sangat lagu. Eh ni tak boleh complain. Nama pun Musical Theater. Diam Abir diam.
- Ok banyak sangat lagu takpe. Tapi ada lagu yang aku rasa macam tak kena. Salah pitching ke, salah skor lagu ke, ke salah telinga aku sebab tak korek.
- Vince gemok. Peha kau nmpk besar lah Vince. nasib baik kau nyanyi sedap.
- Aku tengok sorang-sorang. Tak dapat nak gosip. haha
Apa-apapun, aku macam lagi suka movie Cinta dari TKC ni. Tapi, both ade keistimewaan masing-masing. Sape-sape nak feeling sorang-sorang tu, datanglah tengok. Tak rugilah aku rasa.
* Habis je teater ni, terus aku feeling nyanyi sorang-sorang dalam kereta.
Ni video promo time Anugerah Skrin hari tu. Ni semua pelakon pembantu yang aku cakap tu..

15 3 makhluk hot tengah panas!:
ha..??baru first time..?? first aku tgk kat ib time puteri gunung ledang..awesome gak la!!! thax for the info abhir... pelakon die mcm biase2 aje..
eh pelakon dia eventho cam biase2...tapi impressive tau..
tak penah pun tengok teater..tacing ah wuwuwuuu
=_=" menangis. sangat menggilai teater tp kalau x guna Unit Kebudayaan memang harus aku meraung bayar tiket. bape weh kau bayar?
Zarifahmr, takkan tak penah kott...
ok nanti kita date sama jom..
Irah, ala.. berapa sgtlah harga tiket tu compare dengan kebestan teater tu kan? tak rugii
budak kecik tu amani kan?
persoalannya, kenapa skang nih banyak sgt teater melayu yg musikal? kalo x musikal, org x gi tgk eh??
persoalannya, kenapa skang nih banyak sgt teater melayu yg musikal? kalo x musikal, org x gi tgk eh??
Mimi Saidi, ntah lah.. amilin kot nama dai... pandai berlakon..
Jejaka anggun, ntahlah... mungkin skrg ni zaman teater musikal kott..
layann je
Salam... Shajiry tak best dlm TKC?? Jgn pandang sebelah mata bro.. Lain orang lain pandangan.. Atleast dia leh berlakon, menyanyi dan menari.. ko adoooo???
Shajiry terbaik dgn stomping nyer... punya la payah dia cuba nak buat semua tu.. senang2 jer awak cakap dia macam tu.. PPHUIII!!!
Dah nama pun muzikal teater... memang la banyak lagu.. kau 1st time masuk IB pastu nak komen lebey2.. Cermin diri tu dulu, baru komen pasal orang lain...
macam 3 comments from 1 stupid person je abir.. hahaha
abir:if i say o dapat ticket teater TKC tapi tak pergi mesti tak percaya kan..??
p/s:nak balik rumah..;(
Catat Ulasan