Pengikut

Isnin, 14 Februari 2011

Kalau dah cukup sopan macam ni pun, korang tak nak ikut, tak taulahhhh aku nak kata apa dah...


Korang mesti pernah kan jumpa signboard, notis atau iklan-iklan yang korang rasa nak gelak guling-guling? 
Pastu rasa nak sepak laju-laju je kawan kat sebelah yang tak gelak sama?
Kalau boleh nak gelak kuat-kuat sebab kau rasa benda tu lawak sangat.
Tapi kau malu sebab kau kat tempat awam.


Aku pernah lah jumpa jugak beberapa iklan kelakar atau papan tanda yang buat aku gelak sampai nak terburai isi limpa aku ni. Tapi, sebab kan time tu takde phone blackberry lagi, tak dapat lah nak snap pic pastu upload kat sini. *ok. over.


Kat bawah ni ada macam notis kat sebuah stesen minyak yang aku rasa cukup bersopan. Aku rasa lah kan, orang yang tulis benda ni mesti dapat BM A1 masa SPM dulu. Bahasa dia cukup puitis dan gramatis. Penuh kesantunan. Kalau aku lah jadi cikgu BM dia, aku mesti agung-agungkan dia kat junior-junior dia.


Ha, ce tengok ce tengok kat bawah ni.
*Tak gelak siap ah!



Gambar ini dicilok dari facebook Oh! Media


Sape tak gelak tu, aku tanak kawan ngan korang. Aku nak emo taknak update blog dah. *Ok. Acah je*
Lepas baca benda ni kan, aku rasa kalau semua iklan ke notis ke buat ayat macam ni yang dah macam iklan Budi Bahasa Budaya Kita ni, mesti rakyat Malaysia ni jadi penuh sopan santun. Nak buat salah tu, terasa panasss je. Apatah lagi nak buang sampah kat bawah papan tanda "Dilarang Buang Sampah Di Sini". Takpe, aku pun buat benda yang sama jugak.


Ok sape tak like lagi FB Oh! Media, maka rugilah korang. Sebab aku memang suka hasil kerja budak-budak Oh! ni. Comel je..

17 3 makhluk hot tengah panas!:

mizzbutterfly berkata...

hoi..abhir...sebok intern nmpk...ade org ckp ko buat intern keje buat photocopy je...aku tak nk percaya..orang tuh la yg ckp kan..
hehheheh
buat pening kepala je arahan mcm tuh...
aku akan gelak bile second time bace..
first time bace...kerut dahi kot..

Abir Abhar berkata...

sape yg cakap tuuu?
sungguh jahat mulutnya

zarifahmr berkata...

ni bukan takat terburai isi limpa..gelak sampe kuo ayor mata darah hahahahaha

Afiqah Azmee berkata...

tak ley blah tau tak wakaka *okay sekang nak kawan dengan aku taak?

aku pun pernah gak jumpa benda2 macam ni. nak snap, tapi procastinate tak habis2 last2 lupa teros -__-"

penaberkala berkata...

aku pernah jumpa kat toilet masjid

anak kucing anak tikus
lepas kencing tolong jirus

Abir Abhar berkata...

Bikpah, sowi lama x singgah..
jarang dah online kat laptop ni. busy2..
sila gelak puas2. tak emo. haha


Afiqah, aku setujuuu.. ade je orang2 kreatif mcm ni kan? hehe...
Ok. tak jadi taknak kawan sebab kau gelak


Nuar penaberkala, comelnya orang masjid ni.. mesti pakcik2 yang suka berpantun ni muda2 dulu

yoi berkata...

alahai sopannya memberi peringatan. hahhahaha

mmg byk notis2 klaka cm ni. penat nk cover gelak. dah la kat tmpat awam. xkn nk main lepas je

Abir Abhar berkata...

yoi, hai, sopan kan?
hehe

kalau jumpa yang baru, share2 lah tau

kembatolo™ berkata...

hahaha. penuh sopan.
aku nak jatuh hati la dekat sape yang tulis tu. haha

Abir Abhar berkata...

kembar ni... sorry lama x singgah.. hehe busyy...

kau pegi lah cari kat memane stesen minyak

Mimi Saidi berkata...

tak rasa nak gelak pon weh. maybe bahasa die terlalu puitis utk aku.blur kejap bila bc..

adrinaqamarina berkata...

haha, chumil kot, kalau ada suara ke lakonan semula ke, mst best. :PP

ada like jugak oh media, memang diorang best laa

Amirez berkata...

lol. rasanya budaya kias2 melayu sekarang ni dah kurang relevan. kadang2 kena guna pendekatan telus lagi jujur macam ni baru orang sedar hehe.

tapi tang tenaga elektrik disubsidi 100% stesen minyak tu takleh nak terimalah. baik takyah sediakan atm kalau kedekut camtu kan? hehe

d_LA berkata...

sunggoh sopam dan sinis..aku pun like oh! media tu sbb mmg comey hsl keje dorg..hehe

hana berkata...

saye dah gelak guling2 pun..
mmg lawak abes la..
hahaha

Berto berkata...

arahan lembut ni utk orang2 lembut je ke? rockers mcm aku boleh guna x?

Fahmi Mahat berkata...

bes gak!

yg suka,
FahmiMahat