Pengikut

Rabu, 26 Januari 2011

Resepi hari ini Cik Kiah Cik Senah oittt

Halluuuu...

Hari ini kita bersama Chef Abir pulak ye...
Tak pernah-pernah Chef Abir diundang tulis entri kat blog Super Duper Hot ni, rasa macam bangga pulak plus terharu little-little.


Ok, Cik Kiah, Cik Senah, Cik Gayah dan puan-puan semua,
hari ini anda bersama saya buat kali ke-first dalam ruangan Sudip Chef Abir.
Mesti puan-puan semua dah bajet expert sangat dalam hal masak-memasak ni kan?
Tapi awas ye puan-puan semua, Chef Abir ni lagi expert dan dewa dalam bidang masak-memasak ni.
Eventho, Chef Abir tak amik pun pilihan ERT dalam Kemahiran Hidup dulu.


Ok semua, amik pen, pensel, pembaris, gam, kertas warna, gold dust, ngan pemadam ye... Ready nak salin resepi Chef Abir ni okeh?


Mesti dalam hati puan-puan semua tu dup dap dup dap nak tau apa Chef Abir nak masak hari ni kan? kan? kan? Tak yah sibuk nak teka-teka ya, ni ha nak bagitau la ni.
Hari ni, Chef Abir nak share resepi .... jeng jeng jeng....


BIHUN GORENG SINGAPORE




Eksaited tak puan-puan semua?

Ha, sebelum sibuk-sibuk nak start panaskan kuali semua tu, bahan-bahannya tu kenalah prepare dulu yek. Kalau malas nak ke kedai runcit tu, suruh je laki masing-masing start motor pegi kedai beli. Bukan apa ye puan-puan, laki kita ni, tau makan je. Menolongnya harammmm...

Ok, ni bahan-bahannya ye.

  • Bawang Putih (4 ulas)
  • Bawang Merah (4 ulas ke bijik ke sama je)
  • Lada Hitam (dalam 2 sudu teh)
  • Beberapa ekor ayam. eh bukan, beberapa ketul pun dah ok
  • Burger Daging Ramlee potong dadudadu
  • Keret Karot Carrot
  • Kobis sikit je
  • Serbuk Maggi pasti sedap tu..
  • Garam secukup rasa
  • Telur 2 biji. Telur Ayam ye
  • Stok ayam sket, stok ikan bilis sket
Ha, lagi satu, jangan lupa pulak beli bihun. Takkan nak beli Koteaw pulak. Dah nama pun Bihun Goreng Singapore. 


Ok sekarang meh tengok cara-cara nak masak pulak. Tak susah mana pun puan-puan. Guna sebelah tangan pun boleh siap lah.
  1. Tumbuk lada hitam tu guna lesung batu. Make sure guna lesung ok!
  2. Masukkan bawang putih ngan bawang merah yang dah dicincang dersama lada hitam yang dah ditumbuk ke dalam blender. 
  3. Tambah lah sket air dalam blender tu. Dalam secawan dua.
  4. Pastu, blendlah sampai rasa macam sedap je mata memandang.
  5. Ok biar kan kejap dorang dalam blender tu, terus panaskan kuali dengan minyak sikit.
  6. Masukkan ayam ngan daging burger Ramlee yang dah potong dadudadu tu.
  7. Bila macam dah masak sket, masukkan benda yang dah blend tadi ke dalam kuali.
  8. Tumiskan sampai macam menggelegak. Kalau rasa kering sangat, tambah air lagi ye.
  9. Letak ah garam, serbuk Maggi tu, stok ayam, stok ikan bilis semua tu.
  10. Masukkan lah bihun tu pulak.(jangan pandai sangat tak rendam bihun beberapa jam sebelum nak masak ye)
  11. Kacau dan kacau dan kacau lagi.
  12. Masukkan telur kat mana -mana ruang yang ada.
  13. Pastu, masukkan carrot dan kobis tadi
  14. Pastu siap lah

Inilah hasilnya. 
Nugget tu kalau nak, masak lah. Bukan tetibe je muncul kat pinggan tu.


Macam mana puan-puan senang kan? 
Macam ni lah baru laki masing-masing tak cari pompuan lain kat luar tu. Barulah makin bulat perut laki masing-masing.
Ok, kalau dah try, nnt bagitau lah Chef Abir ye. Sedap ke tak sedap kan.
Setakat ni, takde lagilah yang cirit-birit ke, kena demam denggi ke makan Bihun Chef Abir ni.

Oklah semua. Selamat Mencuba!

16 3 makhluk hot tengah panas!:

adrinaqamarina berkata...

wah, dah lama tak jumpa bihun, ape ag bihun singapore. sebab kat egypt takde bihun! stok pulak tak banyak.

tapi tapi tapi bihun singapore kat kaler putih suci, tapi tu cam tak je.

adrinaqamarina berkata...

*kan

bukan kat -.-'

zarifahmr berkata...

hoho majlis bbq aritu bikpah masak bihun singapore ni lah. masak sekawah kot pakai 2 sudip besar kot letih kott hehe tapi sedap2! erk bukan puji diri sendiri agaga

Tanpa Nama berkata...

[url=http://indoorgrills73.wetpaint.com/]indoor grill[/url]

Mimi Saidi berkata...

chef, resepi laen boleh? ni dah bosan la masak

penaberkala berkata...

pergh, jadi chef ke skang
hati-hati time makan masa internship
ak nyesal dowh, balik kampus semua org kata gemuk,LOL

Abir Abhar berkata...

Adrinaqamarina, alaa.. mintak la sape2 pos bihun tu.. haha
eh, bihun tu x putih sebab er... sebab telur kot.. haha

Bikpah, guna resepi yang sama jugak eh? ahha...
ni nak try jugak bihun yang sedappp bikpah masak ni..

Abir Abhar berkata...

Mimi Saidi, amboi3... demand sangat ni... meh chef ajar masak nasik nak?


Penaberkala, aku tau. aku dah tgok depan mata dah mereka2 yang berisi tu.. haha

Tanpa Nama berkata...

best best

fArAh07 berkata...

sgt cute bile lelaki memasak

Abir Abhar berkata...

Farah07, so I ni cute la ea?
haha

mr_mrs mikko berkata...

yummy2!!!
buat aku lapar la pulak

Nabil Aizat Abdul Rahman berkata...

eceh..chef abir plak...salute la..

Abir Abhar berkata...

Mr_mrs mikko; hai hai... apa lagi.. pegi lah dapur tu.. kasi berasap sket

Abir Abhar berkata...

Eh nabeyl; alaaa
dia tu, lagi power..
masak mcm2 dah...
hehe

d_LA berkata...

ARGHHHHHH..LAPAR TENGOKKKKK