Pengikut

Rabu, 29 Disember 2010

Aku nak beli Rumah lah!

Hai semua. Aku tahu sekarang semua orang tengah teruja plus excited nak tengok match bola piala AFF Malaysia lawan Indonesia ni kan?

Tapi baca lah kejap post ni ok?

Hari ini aku nak cakap pasal rumah. Semua orang mesti kalau cikgu tanya time kat sekolah dulu, apa impian awak, bla bla bla... Korang mesti jawab, SAYA NAK RUMAH BESAR, CIKGU! Takpun korang akan cakap, SAYA NAK RUMAH CANTIK, CIKGU! Macam gambar rumah kat bawah ni lah.


Rumah cantik ni kat Kiaraville, Mont Kiara

Sekarang kan, aku rasa korang semua dah patut berkira-kira dah nak beli rumah. Tau tak, beli rumah atau hartanah merupakan tindakan paling bijak okay daripada beli kereta ataupun motor besar. Nak tau kenapa? Harga rumah yang kita beli sekarang ni, akan naik pada masa akan datang. Pastu, kita tak rugi sangat pun. Kalau taknak duduk rumah tu, boleh buat sewa kan? kan? 


Dalam aku berangan nak beli rumah ni, aku terjumpa lah satu website pasal nak cari rumah atau cari hartanah ni. Klik SINI. Ini Laman Web Hartanah Malaysia lah kiranya. Dekat website Propwall ni, ada banyak lah iklan-iklan rumah baru atau hartanah untuk korang belek-belek. Mana lah tau ada yang berkenan di hati. Dekat website ni jugak, kita boleh tengok gambar rumah yang dah siap atau pun lakaran arkitek tu. Kan best tu?


Selain tu, korang boleh cari rumah atau hartanah kat area yang korang nak. Katakan korang nak cari rumah kat AMPANG, (sebab nak tinggal dekat2 area rumah aku, kan?) korang leh terus je spesific kan search tempat korang nak beli rumah tu. Setakat ni, aku rasa, semua area ada. Cakap je nak kat mana.


Pastukan, kelebihan website ni jugak, dorang ade tunjuk maps lagi kat mana hartanah yang korang nak beli tu. Macam google earth lah. Tapi lebih detail tau! Siap boleh nampak kat mana bakal rumah korang tu. Canggih tak canggihlah kan? Kat website ni jugak, korang leh tengok rating orang bagi pastu leh tengok jawapan soalan orang lain tanya. Kiranya, website ni, laman web hartanah terbaik kat Malaysia lah aku rasa.


Dekat website ni jugak kan, korang boleh tanya soalan kat ejen hartanah tu. Tanya lah apa korang nak. Tak payah pegi showroom. Website ni pun dah macam showroom dah. Tak payah lah bazir minyak kereta kita kan? Boleh jimat masa lagi tu. Pastu, apa yang aku tengok, rumah-rumah atau hartanah-hartanah untuk dijual ni, sangat updated. Maksudnya, semuanya terkini. Excited pulak aku cerita kan?


So, korang apa tunggu lagi? Klik kat SINI pastu bolehlah start berangan nak beli rumah, Senang nanti. Dah kahwin, terus pindah rumah baru. Kan? kan? Nanti dah beli rumah, jangan lupa jemput aku datang ye. Buatlah makan-makan sikit tau!





Sabtu, 25 Disember 2010

Senarai Pemenang Anugerah Skrin 2010

Hello hello! Mama Abier adik Mama Juwie datang lagi. Malam menjelang krismas semalam, rasanya mesti ramai keluar berparti kan? Tau kan ada Anugerah Skrin 2010 kat TV3 live dari PWTC?
Untuk Mama, Mama rasa ASK 10 nampak lah jugak prestijnya. Tak sangka Awal & Vanida Imran boleh buat show ni jadi tak boring. Next year, kekalkan je lah dorang ni. Performances pun not bad. My Anuar Zain perform kot. Auwww.
Siapa-siapa yang terlepas tu, marilah tengok keputusan dan siapa yang menang kat ASK 2010 ni.

FILEM
Filem Terbaik - Muallaf
Pengarah Terbaik Filem - Yasmin Ahmad (Muallaf)
Pelakon Lelaki Terbaik Filem - Bront Palarae (Belukar)
Pelakon Wanita Terbaik Filem - Sharifah Amani (Muallaf)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem - Aaron Aziz (Evolusi KL Drift 2)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem - Fazura (Pisau Cukur)
Lakon Layar Terbaik Filem - Syamsul Yusof (Evolusi KL Drift 2) 


Anugerah Yasmin Ahmad - Shaheizy Sam



DRAMA TV
Drama Terbaik - Antara Garisan
Pengarah Terbaik Drama - Murali Abdullah (Sebelum Akhirat)
Pelakon Lelaki Terbaik Drama - Fauzi Nawawi (Sebelum Akhirat)
Pelakon Wanita Terbaik Drama - Noorkhiriah (Antara Garisan)
Videografi Terbaik - Datang Bulan
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama - Isma Yusoof (Antara Garisan)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama - Fadilah Mansor (Sebelum Akhirat)
Lakon TV Terbaik - Antara Garisan (Shahrul Ezad Abidin)

PENERBITAN TV
Drama Rantaian Terbaik - Nur Kasih
Drama Komedi Terbaik - Simpang 3
Rancangan Muzikal Terbaik - Anugerah Juara Lagu 24
Rancangan Hiburan Terbaik - Anugerah Bintang Popular
Rancangan Realiti Terbaik - Showdown 2010 Episod 10
Rancangan Bual Bicara Terbaik - RTM Isu Khas Gaza Palestin Kami Bersamamu
Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik - Astro Prima : Epik Suatu Ketika (Laskar Senoi)
Laporan Khas / Berita Terbaik - Aduan Rakyat Berbumbung Langit





Ahad, 19 Disember 2010

Saya Gay, Saya Okay

Aku rasa dah kecoh dah kat Malaysia pasal Azwan Ali mengaku gay ni. Eh silap, Azwan Ismail ni. Dah famous dah kat Youtube pasal dia mengaku dia ni gay. Tajuk dia "Saya Gay, Saya OK". Bunyi macam pantun pulak kan dia buat tajuk?


Video ni sebenarnya salah satu video dari tiga buah video dalam projek "It Gets Better in Malaysia". Lagi dua video tu kat sini dan sini. Konon-kononnya lah kan, kat Malaysia ni dah bebas lah. Orang Malaysia ni dah boleh terima dah taboo dalam masyarakat ni. Sebab tu Azwan Ismail, seorang Melayu, seorang Islam dan pastinya seorang yang zahirnya dicipta Allah untuk menjadi seorang suami, berani mengaku terang-terangan yang dia ni gay.





Rasanya terkejut lah family dia tengok video ni. Kalau tak pun atleast dah 75000 orang dah tengok video dia ni. Sekejap je dah feymes kan? Macam tu lepas ni, aku nak buat video tajuk "Saya Hot, Saya Tak Okay" lah, okay tak? Boleh dapat 40 Juta views tak agaknya?

Last word, if you are gay, you are not okay.

Mencarut sikit hari ahad ni.

KALAU BABI TU BINATANG,


KAU RASA KAU NI BABI KE BINATANG?




*pesanan khidmat masyarakat terhadap peragut yang tak berhati perut meragut seorang nenek depan mata aku semalam. Kau tak layak jadi manusia lah.

Rabu, 15 Disember 2010

Dalam LRT pun boleyyy okayyy

Selama ni kan, aku tak lah fanatik naik LRT sangat sampai tiap-tiap hari kena naik. Tapi sejak dah berpraktikal ni, tiba-tiba rasa teruja pulak naik LRT tiap-tiap hari ni. Rasa macam nak jadikan LRT tu macam rumah bapak sendiri je. And rasa macam nak gigih gigih pakai T Shirt tulis "I LOVE LRT" je tanpa sedikit pun rasa segan-silu.
*Okay over sangat ni gediknya.


Nak tau kenapa aku macam super duper eksaited gedik sangat ni?
Macam tak pernah jumpa LRT pulak dalam hidup je kau ni Abir. Ok ok. I behave jap.


Ok. Ni gedik upload gambar dua tahun lepas. Auww..


Sejak seminggu ni naik turun LRT pergi kerja kat KLCC tu kan, macam-macam benda aku discover pasal manusia-manusia dalam LRT ni. Rasanya kalau buat dokumentari untuk Discovery Channel pun mesti berjuta nak tengok. Especially kalau muka aku ni ada. Ok. Merepek.


Cuba korang bayangkan, korang naik LRT pagi-pagi buta. Manusia punyalah pack macam dalam tin sardin. Pastu, stesen korang nak turun pulak ade lagi lebih kurang 7 stesen lagi. Apakah aktiviti yang sesuai dilakukan agaknya ya? Takkan kau nak main skateboard pulak kan orang ramai macam tu.


Ada lah satu hari tu kan, aku terpaksa masuk koc yang memang nauzubillah pack gila babi lah *pinjam ayat gila babi Lisa Surihani jap. Pastu, elok-elok je masuk, aku dah lock kat satu position ni. Memang gila ah. Nak gerakkan kaki sikit pun tak boleh. Apatah lagi nak pura-pura cek SMS kat phone. Nak bernafas pun hembus sikit-sikit je. Seriously tak boleh gerak. Terpaksalah aku main mata dengan amoi chantek betul-betul kat depan aku. Aku pandang dia, dia pandang aku. Scene ni berkekalan untuk lebih kurang 15 minit jugaklah dalam LRT tu. Macam love story la pulak. Tapi sayang xde elektrik current yang terhasil sebab kat mata dia ada taik mata sekeping dua.


Pastu kan, tiba-tiba, aku terasa ada benda menyentuh zon khas untuk bakal isteri aku je yang boleh sentuh tu. Faham kan? kan? At first aku cuma gerakkan lah badan aku sket ke belakang. Pastu, jadi lagi buat kali kedua. Aku pandang muka amoi tu, dan dia pun pandang muka aku. Pastu benda yang sama berlaku buat kali ketiga. Aku pun rasa macam terguris lah perasaan kan. Yelah kena gangguan seksual kot dalam LRT. Rasa macam nak propose LRT buat koc khas untuk lelaki je lepas ni.


Aku pun suspek lah amoi tu kan. Tapi tangan dia dua-dua pegang tiang. Habis tu, sapa yang meraba tu?
Siapa siapa? Suspen tak? Korang rasa siapa?


Oklah. Malas pulak rasanya nak teruskan cerita. Tak yah taulah ye kesudahan cerita boring ni ek? Oklah, nak buat kerja ni. Bye.

Isnin, 13 Disember 2010

Bunkface - Dunia

Bunkface - Dunia


Gelisah tak bermaya
Manipulasi angkara kita
Dan bencana yang melanda
Generasiku menjadi mangsa
Dan ini bukan lagi seperti yang kau impikan
Percaya kataku 

Aku bimbangkan dunia
Tiada cahaya ku terima
Aku tentang segalanya
Moga kau akan turut serta
Di dunia

Kuasa sementara
Komunikasi tiada makna
Dan tindak balas ego yang ku terima
Tiada perasaan kecewa
Dan ini bukan lagi seperti yang kau impikan

Percaya kataku
Aku bimbangkan dunia
Tiada cahaya ku terima
Aku tentang segalanya
Moga kau akan turut serta
Di dunia kita

Oh.. Oh.. Oh..
Oh.. Oh.. Oh..
Oh.. Oh.. Oh..
Oh.. Oh.. Oh..

Aku bimbangkan dunia
Tiada cahaya ku terima
Aku tentang segalanya
Moga kau akan turut serta
Di dunia kita

Aku bimbangkan dunia
Tiada cahaya ku terima
Aku tentang segalanya
Moga kau akan turut serta
Di dunia




p/s : lagu ni dah lama gak. Cuma aku rasa, baru skrg radio2 nak main lagu ni.

Khamis, 9 Disember 2010

3 Benda Penting Nak Tunjuk Ni!

Hallo hallo!

Kalau baca tajuk post ni kan, rasa macam teruja je kan nak tau apa benda penting aku nak sangat tunjuk tu kan? Ala, kalau tak teruja pun, at least korang dah tersinggah kat blog Super Duper Hot ni dah pun kan? So, jom lah cekkikdaud jom!


Kalau korang ada kawan-kawan budak UTP lah kan, korang mesti secara tak sengaja ter'aware' yang sekarang ni kebanyakan dari mereka baru nak mula internship training selama 8 bulan tu. Yelah kan, status Facebook memanjang pasal internship. Termasuklah aku ni. So, biasalah kan, kalau hari first nak start kerja tu, semua semangat lah. Yelah, mesti nak nampak smart. Nak bagi first impression yang baik kat staff-staff tempat kerja tu kan? Ada yang semangat shopping bagai nak rak. Ada yang sibuk pegi saloon buat rambutlah, buat treatment mukalah. Ada jugak yang nervous sangat sampai malam tak lena tidur. 


Tapi kan, kalau korang dah semangat nak start first day intern dengan baju baru beli, seluar baru, necktie baru, pendek kata semua baru lah, tiba-tiba jerawat pulak tumbuh. Mesti rasa down gila-gila babas kan? Hilang konfiden plus moral down sket. Tapi kan, macam mana kalau bukan jerawat tapi KETUMBIT BESAR MAK NENEK TUMBUH KAT MATA? Rasanya, baiklah tumbuh empat bijik jerawat batu gajah pun takpe daripada dapat seketul ketumbit besar kaler merah kat mata kan?
Rasa nak mencarut jap. 


Nak tengok betapa "cool"nya dianugerahkan ketumbit kat mata, amati gambar kat bawah ni. Tenung puas-puas biar korang pun jangkit. Baru puas hati aku.




Benda kedua aku nak tunjuk ni pun ada kaitan jugak lah dengan internship aku ni. Yelah, macam aku cakap tadi, semangat intern punya pasal, semua benda nak baru. So, aku pun teringin lah nak try fashion rambut baru. Biar nampak muda 3 tahun sikit. Macam biasa, aku ke saloon amoi dekat area rumah aku ni. Aku dah jadi regular customer dia ni sejak aku akil baligh lagi tau. Dari harga dia 8 Ringgit je sampai lah harga dia sekarang dah naik 15 Ringgit. Tapi, aku kan lelaki setiaaaaa. Tak kisah lah sangat.


Masuk je kedai tu, amoi yang dah tak lama lagi aku boleh panggil nyonya tu tanya lah mau bikin macam mana rambut aku ni kan. So aku cakap lah style paling latest dan paling feymes lah bagi anak-anak muda zaman sekarang ni. Dengan yakinnya, dia pun startlah potong. Aku chill je lah. Time tu ketumbit still size manja-manja je. Tak besar macam sekarang. Habis je dia potong tu kan, aku macam nak menjerit pun ada ok. Aku tengok cermin, kejap-kejap aku nampak muka aku, kejap-kejap aku nampak muka Dr Rozmey. Sumpah amoi tu buat rambut aku hampir serupa dengan rambut cendawan Dr Rozmey tu!


Pastu, aku panik secara tiba-tiba lah kan. Mana taknya. Selama ni punyalah kagum dengan style rambut Dr Rozmey tu tapi kan, amoi oit, tak payahlah sampai nak buat rambut aku sebijik macam dia. Last-last aku mintak dia betulkan balik dan trim mana yang patut dan jadilah macam kat gambar kat bawah ni. Oklah kot. Better dari yang asal. Tapi still ada betuk cendawan sket2. *nasib baik takde gambar hasil pertama amoi tu.





Benda ketiga nak tunjuk ni takde kaitan lah dengan internship ke apa kan. Cuma nak tunjuk "Mashed Potato with Gravy ala-ala KFC" yang telah berjaya dimasak.  Balik-balik rumah dari UTP je terus nak try resipi Cik Eykin Murnie ni. Time baca kat  blog dia tu rasa macam simple sangat cara nak buat dia. So, balik rumah pun terus lah try. Bila dah siap masak, Sedap weh! Kalah KFC tu. Kalau Colonel KFC tu hidup lagi, mau dia menangis rasa homemade mashed potato kitorang ni.

Bangga okay dengan diri sendiri dan adik sendiri yang turut serta dalam menjayakan impian aku nak buat resipi ni. Kalau ada sape-sape nak try, atau nak tau resipi dia, bolehlah klik link ni ye.




So itu jelah nak tunjuk. Dah lama rasanya tak tunjuk benda-benda baru kat korang kan?
Kepada adik-adik yang baru habis SPM tu, yang masih taktau apa nak buat tu kan, bolehlah try resipi kat atas ni. Takpun cuba buat kajian tentang ubat nak menghapuskan ketumbit. Mana tau boleh menang Hadiah Nobel ke.


Oklah, esok hari last first week internship kat PCSB KLCC. Nak tidur awal lah malam ni. Tata.

Selasa, 7 Disember 2010

Blog larikkk. eh silap. Blog Larian!!

Semekom semua...

Salam Maal Hijrah lah kepada semua. Sape yang tak pasti kenapa hari ni cuti korang boleh sepak laju-laju muka sendiri. Kalau cuti Happy New Year punya lah buat countdown, ni Tahun Baru Islam bila pun tatau kan? Overrr sangat ok!


Semua orang tahu kan semalam first day Internship. Nak update pasal ni lah. Tapi terpaksa tangguhkan dulu sebab tengah sibuk iron baju untuk kerja esok. Haha..


Tapi sebelum tu, nak story sket pasal satu blog ni. Blog Larikk... Eh silap. BlogLarian. Nak tau ape BlogLarian ni klik SINI


BlogLarian ni function dia untuk blogger-blogger yang sukaaa sangat blogwalking ni. Kiranya kalau tak berblogwalking sehari rasa macam gelisah dan tak tentu arah je. So, BlogLarian ni memang memudahkan hidup anda lah. Nak tau apa kelebihan dia sangatttt kan? Pegilah BlogLarian ni ok.


Kalau korang tanya aku aku suka berblogwalking ke tak, baca slogan aku reka khas kat bawah ni. Dia cakap kena 30 perkataan, tapi sebab aku tak pandai mengira sangat, so korang tolong ah kirakan berapa words aku guna ek? Pretty please...

"Saya suka berblogwalking kerana berblogwalking dapat memacu kemajuan negara ke arah mencapai Wawasan 2020 dan mewujudkan bangsa yang cemerlang gemilang dan terbilang. Berblogwalking juga dapat menjadikan saya lelaki yang lebih Super Duper Hot dan paling penting mendapat A dalam subjek BM dan English dalam SPM"

Lastly nak tag 3 blogger ni. Dorang mesti eksaited kena tag-tag ni kot.
Zarifahmr
Fieza
Izzaidin

*sesape nak buat jugak dipersilakan lah. So, terima kasih kepada Blogger Kembar Naughty ni, Encik Kembatolo sebab tag saya ye.

Chow

Khamis, 2 Disember 2010

Mari Melawat UTP! Kat Tronoh dekat-dekat Toronto tu lah

Sebelum ni kan ada beberapa permintaan daripada pembaca-pembaca yang nak sangat tengok habitat saya selama tiga tahun setengah sebelum ni. Mana lagi kalau bukan Universiti Teknologi PETRONAS yang tercinta tu. Ala in short form femes dengan nama UTP. Femes tak femes sangatlah kan. Masuk gak newspaper kadang-kadang. Maksud aku selain Salam Perantauan tu ada lah jugak UTP ni masuk dada-dada akhbar. Haha.


Ingat lagi dulu. Time makcik pakcik tanya belajar mana. Cakap UTP semua tak tau kat mana. Mulalah kena interview ngan dorang. Time jawab tu rasa macam jadi Duta Perak je kejap. Siap cakap UTP ni dekat Toronto Tronoh, dekat Sri Iskandar. Tak jauh dari Ipoh. Pakcik tau Batu Gajah? Tau kat mana Paris Parit? Tau kat mana Boston Bota? Siap hafal nama-nama daerah kat Perak ni ok nak explain kat dorang mana letaknya UTP ni. So, pakcik makcik, hari ini saya nak bawak pakcik makcik buat lawatan sambil belajar ke UTP ni. Sila buat-buat muka teruja dan excited ye.


Masa first-first masuk dulu kan, sumpah banyak sangat construction dalam UTP ni. Rasa macam duduk dalam kuari pun ada. But sekarang macam dah siap lah segala mak nenek construction semua tu. Ingat lagi. First time masuk je UTP, benda pertama yang mengagumkan aku ialah Swimming Pool dia. Nampak signboard je dah excited. Tapi sekarang ni, bila dapat masuk dalam, alahai kecewa. Macam sardin je orang swimming.


Tapi kan sebenarnya, orang ramai akan kagum bila masuk UTP ni bila tengok bangunan-bangunan dia. Especially Kompleks Canselor (Chancellor Complex). Dekat Chancellor Complex ni ada Chancellor Hall tempat students konvokesyen ngan buat berpuluh-puluh event, konsert etc dan juga ada library yang dipanggil Information Resource Centre (IRC). Tapi, sebelum sampai ke Chancellor Complex, mulut dah ternganga dah tengok Masjid an-Nur UTP yang sumpah cantik sangat. Masjid putih ni terapung atas tasik tau. Jemaah pun ramai gak terapung.



Ok. Jom kita mulakan lawatan sambil belajar kita ni ye pakcik makcik. Tak payah tulis notes pun xpe.






Pintu masuk UTP. Kalau nampak ada tugu tinggi tulis UTP tu, yang dari jauh boleh nampak, maknanya dah dekat sampai UTP lah tu.



Tasik UTP tempat manusia-manusia jogging, beriadah, bagi makan ikan kat jambatan, berkayak dll


Masjid UTP di siang hari


Masjid UTP time maghrib



Kompleks Canselor 


Dewan Canselor yang besar oukay!


Information Resource Centre. Source pic IRC from here

Kelas, labs ala orang panggil Academic Building. Acad Building ni berbentuk bintang tau. Chancellor Complex tu salah satu bucu dia.


Dalam kelas last dengan lecturer MED tersayang. *I duduk depan oukay


Dalam kelas. untung dorang dapat masuk blog ni. Haha.


Last but not least, kalau bosan-bosan, lepak lah kat tasik UTP tu. Boleh tenangkan fikiran, release stress, usha awek UiTM jogging, nak buat photoshoot pun boleh. Takpun main layang-layang ke, main remote control car pun best.



Ok. Best tak lawatan free ni? Dah namapun lawatan free, nak komen pun komen je lah. Haha. Sape-sape yang tengah SPM tu at least nanti teruja lah nak masuk UTP ni kan? Settle kan SPM tu dulu ye baru nak berangan tinggi-tinggi ok adik-adik? At least gak kan, harapnya dengan lawatan ni takdelah orang confuse UTP tu kat mana kan Zarifah Mohamad Ridzuan kan? 


Nanti next post, kita tour bekas bilik yang tercinta ok? Nak tak nak tak?


Gambar muka macam teruja. Abaikan budak sebelah tu.