Pengikut

Rabu, 15 Disember 2010

Dalam LRT pun boleyyy okayyy

Selama ni kan, aku tak lah fanatik naik LRT sangat sampai tiap-tiap hari kena naik. Tapi sejak dah berpraktikal ni, tiba-tiba rasa teruja pulak naik LRT tiap-tiap hari ni. Rasa macam nak jadikan LRT tu macam rumah bapak sendiri je. And rasa macam nak gigih gigih pakai T Shirt tulis "I LOVE LRT" je tanpa sedikit pun rasa segan-silu.
*Okay over sangat ni gediknya.


Nak tau kenapa aku macam super duper eksaited gedik sangat ni?
Macam tak pernah jumpa LRT pulak dalam hidup je kau ni Abir. Ok ok. I behave jap.


Ok. Ni gedik upload gambar dua tahun lepas. Auww..


Sejak seminggu ni naik turun LRT pergi kerja kat KLCC tu kan, macam-macam benda aku discover pasal manusia-manusia dalam LRT ni. Rasanya kalau buat dokumentari untuk Discovery Channel pun mesti berjuta nak tengok. Especially kalau muka aku ni ada. Ok. Merepek.


Cuba korang bayangkan, korang naik LRT pagi-pagi buta. Manusia punyalah pack macam dalam tin sardin. Pastu, stesen korang nak turun pulak ade lagi lebih kurang 7 stesen lagi. Apakah aktiviti yang sesuai dilakukan agaknya ya? Takkan kau nak main skateboard pulak kan orang ramai macam tu.


Ada lah satu hari tu kan, aku terpaksa masuk koc yang memang nauzubillah pack gila babi lah *pinjam ayat gila babi Lisa Surihani jap. Pastu, elok-elok je masuk, aku dah lock kat satu position ni. Memang gila ah. Nak gerakkan kaki sikit pun tak boleh. Apatah lagi nak pura-pura cek SMS kat phone. Nak bernafas pun hembus sikit-sikit je. Seriously tak boleh gerak. Terpaksalah aku main mata dengan amoi chantek betul-betul kat depan aku. Aku pandang dia, dia pandang aku. Scene ni berkekalan untuk lebih kurang 15 minit jugaklah dalam LRT tu. Macam love story la pulak. Tapi sayang xde elektrik current yang terhasil sebab kat mata dia ada taik mata sekeping dua.


Pastu kan, tiba-tiba, aku terasa ada benda menyentuh zon khas untuk bakal isteri aku je yang boleh sentuh tu. Faham kan? kan? At first aku cuma gerakkan lah badan aku sket ke belakang. Pastu, jadi lagi buat kali kedua. Aku pandang muka amoi tu, dan dia pun pandang muka aku. Pastu benda yang sama berlaku buat kali ketiga. Aku pun rasa macam terguris lah perasaan kan. Yelah kena gangguan seksual kot dalam LRT. Rasa macam nak propose LRT buat koc khas untuk lelaki je lepas ni.


Aku pun suspek lah amoi tu kan. Tapi tangan dia dua-dua pegang tiang. Habis tu, sapa yang meraba tu?
Siapa siapa? Suspen tak? Korang rasa siapa?


Oklah. Malas pulak rasanya nak teruskan cerita. Tak yah taulah ye kesudahan cerita boring ni ek? Oklah, nak buat kerja ni. Bye.

17 3 makhluk hot tengah panas!:

adrinaqamarina berkata...

ala, tulis panjang3 mula3 tak pe. pastu sje je cakap nak buat keje.

haha. kat egip pon serupa je. tapi naseb ada tempat untuk perempuan je. tapi tu pon kena rempuh3 jugak time nak kuar. seksa~~~

pst lepas ni wang hantaran turun la sket. ke tak? :P

<b>IRAH HAJERAH AZMAN</b> berkata...

hahaha... kesiannye!

zarifahmr berkata...

auuuuw tercabul kah anda..hukhuk

siyesly, LRT memang scary kot bila pack gila then mesti nak pegang beg kuat kuat pastu rapatkan kat dada *penting* yang belakang macam redha je laa isk isk isk

caiz berkata...

aih..bang!
kalau da ketiga dan seterusnya x boleh aa.. Haram da tue..haha

Muhammad berkata...

en abir dah kurus
!!!!!!!!!!!!!!!!!

:-)

Hazwan Arif berkata...

mangsa gay la ni

Fatul Akrul Ramli berkata...

selekeh sial melancap dalam lrt

ichawanie berkata...

hahha..
sbr kan aje...adeh..
mmg bnde cmtu sllu jdik..adeh~

Sophia Rani berkata...

betol tu.. knapa tak buat koc khas utk laki gak.. bhaya dah kalau jadi kes mcm ni.. hahaha

Tanpa Nama berkata...

sronok bce...len x rite la smpi abis...msti sronok =)dpt tau gelagat manusia d luar cna...mcm2 de =)...kna berati2 sntiasa =)

Mimi Saidi berkata...

hahaha...kau dah ternoda weh

Bert berkata...

LRT ok lagi, naik komuter tgk, brapa lama ko bole tahan..haha

Tanpa Nama berkata...

What i found today is really awesome!

just check [url=http://www.unlockplanet.net]
the jailbreak for every iphone[/url]



[url=http://www.youtube.com/watch?v=yK9zGb5WPn8]Really hot girl[/url]

misz sheyla berkata...

wat sambungan kisah benar ini pliss...ahakkk...misteri nusantara tol

pESAwah berkata...

kerje gay tak? kahaha

zyra j berkata...

eh ntah2 raba diri sendiri. :P

NURUL AMYLIZ berkata...

huhu. x hot da la pasni :P oops!