Pengikut

Rabu, 29 Disember 2010

Aku nak beli Rumah lah!

Hai semua. Aku tahu sekarang semua orang tengah teruja plus excited nak tengok match bola piala AFF Malaysia lawan Indonesia ni kan?

Tapi baca lah kejap post ni ok?

Hari ini aku nak cakap pasal rumah. Semua orang mesti kalau cikgu tanya time kat sekolah dulu, apa impian awak, bla bla bla... Korang mesti jawab, SAYA NAK RUMAH BESAR, CIKGU! Takpun korang akan cakap, SAYA NAK RUMAH CANTIK, CIKGU! Macam gambar rumah kat bawah ni lah.


Rumah cantik ni kat Kiaraville, Mont Kiara

Sekarang kan, aku rasa korang semua dah patut berkira-kira dah nak beli rumah. Tau tak, beli rumah atau hartanah merupakan tindakan paling bijak okay daripada beli kereta ataupun motor besar. Nak tau kenapa? Harga rumah yang kita beli sekarang ni, akan naik pada masa akan datang. Pastu, kita tak rugi sangat pun. Kalau taknak duduk rumah tu, boleh buat sewa kan? kan? 


Dalam aku berangan nak beli rumah ni, aku terjumpa lah satu website pasal nak cari rumah atau cari hartanah ni. Klik SINI. Ini Laman Web Hartanah Malaysia lah kiranya. Dekat website Propwall ni, ada banyak lah iklan-iklan rumah baru atau hartanah untuk korang belek-belek. Mana lah tau ada yang berkenan di hati. Dekat website ni jugak, kita boleh tengok gambar rumah yang dah siap atau pun lakaran arkitek tu. Kan best tu?


Selain tu, korang boleh cari rumah atau hartanah kat area yang korang nak. Katakan korang nak cari rumah kat AMPANG, (sebab nak tinggal dekat2 area rumah aku, kan?) korang leh terus je spesific kan search tempat korang nak beli rumah tu. Setakat ni, aku rasa, semua area ada. Cakap je nak kat mana.


Pastukan, kelebihan website ni jugak, dorang ade tunjuk maps lagi kat mana hartanah yang korang nak beli tu. Macam google earth lah. Tapi lebih detail tau! Siap boleh nampak kat mana bakal rumah korang tu. Canggih tak canggihlah kan? Kat website ni jugak, korang leh tengok rating orang bagi pastu leh tengok jawapan soalan orang lain tanya. Kiranya, website ni, laman web hartanah terbaik kat Malaysia lah aku rasa.


Dekat website ni jugak kan, korang boleh tanya soalan kat ejen hartanah tu. Tanya lah apa korang nak. Tak payah pegi showroom. Website ni pun dah macam showroom dah. Tak payah lah bazir minyak kereta kita kan? Boleh jimat masa lagi tu. Pastu, apa yang aku tengok, rumah-rumah atau hartanah-hartanah untuk dijual ni, sangat updated. Maksudnya, semuanya terkini. Excited pulak aku cerita kan?


So, korang apa tunggu lagi? Klik kat SINI pastu bolehlah start berangan nak beli rumah, Senang nanti. Dah kahwin, terus pindah rumah baru. Kan? kan? Nanti dah beli rumah, jangan lupa jemput aku datang ye. Buatlah makan-makan sikit tau!





19 3 makhluk hot tengah panas!:

adrinaqamarina berkata...

tu pon dalam plan, lepas grade nanti, keje, nak beli rumah, nak kumpul aset banyak3.

:)

abir dah macam broker dah pon :P

mizzbutterfly berkata...

wa...abhiir...ko mcm dah nk berkeluarga da nih...

Abir Abhar berkata...

ni semua berangan je lah
ngeh2

ajid berkata...

yeah. betul2. kena pikir rumah dulu kut baru kereta or anything else.
my fav spot dekat area KLIA sbb kat situ dijangka maju 2021. haha

HaNa HoNeY berkata...

ok pasneyh nak simpn duet bli umah dlu bru kwen..hahaha
^_^

mira shahidan berkata...

tunggu kawin la, nanti husband la belikan rumah:)

<b>IRAH HAJERAH AZMAN</b> berkata...

survey hartanah dah jadi kegilaan aku since aku study di tanah semenanjung. lepas tu compare2 dengan hartanah di kuching. End up die aku dengan kawan baek aku conclude macam nak stay di sini. lol. memang anak negeri yang durhaka aku neyh ~..~".

Fatul Akrul Ramli berkata...

kau dapt rm20 ke buat benda ni??

NHAR berkata...

betul2. kalau ko mampukan, ko beli je sekarang weh sbb ekonomi negara tengah menaik ni. jgn terkejut plak, waktu time kita dah keje nnt, satu rumah harganya boleh cecah 1 juta walaupun hanya rumah teres.

tengku_fir21 berkata...

ouwhh nk beli rumah yg sebelah kampung warisan blh tk...

Abir Abhar berkata...

Ajid, nak sangat dekat ngan Airport tu.. bising lah ajid kat sanaa..


Hana Honey, aah kan.... kahwin tu macam boleh didahulukan.. heheh


mira shahidan, nilah perempuan.. tulah ramai laki lambat kahwin ni...
hehe

Abir Abhar berkata...

IRAH, nape dengan harga hartanah kat Kuching? Mahal ke atau sebab lambat naik harga dia?


Fatul, aku dapat sejuta


NHAR, tulah yang aku pikirkan tu.. sekarang pun harga rumah makin mahal kan...
ermmm

mira shahidan berkata...

lelaki kena carik duit bebanyak:)

<b>IRAH HAJERAH AZMAN</b> berkata...

kuching? Mahal *pitam kejap*. Living cost bleh tahan mantap even x de tol. ok tipu. ada 1 je tol. tp tu referring to Kuching je la. Area aku tgh2 bandar. tatau kawasan laen :p. tp compare to putrajaya, sama je mencekik. waaaaa. slamat barang kat carrefour tu murah sket

Abir Abhar berkata...

Tengku Fir, kampun warisan tu kat mana ea????

Abir Abhar berkata...

mira shahidan, amboi.. susah kan jadi laki ni..
haishhh


IRAH, oww baru tau ade tol kat Kuching.. ngeh2..
meh pindah AMpang meh

zarifahmr berkata...

cepat la beli nak pindah masuk barang ni. dah la banyakk

Tanpa Nama berkata...

I'm just going to post my hello to this. My friends call me Andriana. My likes are toning muscle I'm going to exploring more about this website abiabhar.blogspot.com [img]http://pushbuttonmoneyreviews.com/push-button-money-review.gif[/img]

Abir Abhar berkata...

Bikpah,
amboi, sabar bibik..
saya baru je plan.. maaf terhired bibik awal2...