Hallo hallo!
Kalau baca tajuk post ni kan, rasa macam teruja je kan nak tau apa benda penting aku nak sangat tunjuk tu kan? Ala, kalau tak teruja pun, at least korang dah tersinggah kat blog Super Duper Hot ni dah pun kan? So, jom lah cekkikdaud jom!
Kalau korang ada kawan-kawan budak UTP lah kan, korang mesti secara tak sengaja ter'aware' yang sekarang ni kebanyakan dari mereka baru nak mula internship training selama 8 bulan tu. Yelah kan, status Facebook memanjang pasal internship. Termasuklah aku ni. So, biasalah kan, kalau hari first nak start kerja tu, semua semangat lah. Yelah, mesti nak nampak smart. Nak bagi first impression yang baik kat staff-staff tempat kerja tu kan? Ada yang semangat shopping bagai nak rak. Ada yang sibuk pegi saloon buat rambutlah, buat treatment mukalah. Ada jugak yang nervous sangat sampai malam tak lena tidur.
Tapi kan, kalau korang dah semangat nak start first day intern dengan baju baru beli, seluar baru, necktie baru, pendek kata semua baru lah, tiba-tiba jerawat pulak tumbuh. Mesti rasa down gila-gila babas kan? Hilang konfiden plus moral down sket. Tapi kan, macam mana kalau bukan jerawat tapi KETUMBIT BESAR MAK NENEK TUMBUH KAT MATA? Rasanya, baiklah tumbuh empat bijik jerawat batu gajah pun takpe daripada dapat seketul ketumbit besar kaler merah kat mata kan?
Rasa nak mencarut jap.
Nak tengok betapa "cool"nya dianugerahkan ketumbit kat mata, amati gambar kat bawah ni. Tenung puas-puas biar korang pun jangkit. Baru puas hati aku.
Benda kedua aku nak tunjuk ni pun ada kaitan jugak lah dengan internship aku ni. Yelah, macam aku cakap tadi, semangat intern punya pasal, semua benda nak baru. So, aku pun teringin lah nak try fashion rambut baru. Biar nampak muda 3 tahun sikit. Macam biasa, aku ke saloon amoi dekat area rumah aku ni. Aku dah jadi regular customer dia ni sejak aku akil baligh lagi tau. Dari harga dia 8 Ringgit je sampai lah harga dia sekarang dah naik 15 Ringgit. Tapi, aku kan lelaki setiaaaaa. Tak kisah lah sangat.
Masuk je kedai tu, amoi yang dah tak lama lagi aku boleh panggil nyonya tu tanya lah mau bikin macam mana rambut aku ni kan. So aku cakap lah style paling latest dan paling feymes lah bagi anak-anak muda zaman sekarang ni. Dengan yakinnya, dia pun startlah potong. Aku chill je lah. Time tu ketumbit still size manja-manja je. Tak besar macam sekarang. Habis je dia potong tu kan, aku macam nak menjerit pun ada ok. Aku tengok cermin, kejap-kejap aku nampak muka aku, kejap-kejap aku nampak muka Dr Rozmey. Sumpah amoi tu buat rambut aku hampir serupa dengan rambut cendawan Dr Rozmey tu!
Pastu, aku panik secara tiba-tiba lah kan. Mana taknya. Selama ni punyalah kagum dengan style rambut Dr Rozmey tu tapi kan, amoi oit, tak payahlah sampai nak buat rambut aku sebijik macam dia. Last-last aku mintak dia betulkan balik dan trim mana yang patut dan jadilah macam kat gambar kat bawah ni. Oklah kot. Better dari yang asal. Tapi still ada betuk cendawan sket2. *nasib baik takde gambar hasil pertama amoi tu.
Benda ketiga nak tunjuk ni takde kaitan lah dengan internship ke apa kan. Cuma nak tunjuk "Mashed Potato with Gravy ala-ala KFC" yang telah berjaya dimasak. Balik-balik rumah dari UTP je terus nak try resipi Cik Eykin Murnie ni. Time baca kat blog dia tu rasa macam simple sangat cara nak buat dia. So, balik rumah pun terus lah try. Bila dah siap masak, Sedap weh! Kalah KFC tu. Kalau Colonel KFC tu hidup lagi, mau dia menangis rasa homemade mashed potato kitorang ni.
Bangga okay dengan diri sendiri dan adik sendiri yang turut serta dalam menjayakan impian aku nak buat resipi ni. Kalau ada sape-sape nak try, atau nak tau resipi dia, bolehlah klik link ni ye.
So itu jelah nak tunjuk. Dah lama rasanya tak tunjuk benda-benda baru kat korang kan?
Kepada adik-adik yang baru habis SPM tu, yang masih taktau apa nak buat tu kan, bolehlah try resipi kat atas ni. Takpun cuba buat kajian tentang ubat nak menghapuskan ketumbit. Mana tau boleh menang Hadiah Nobel ke.
Oklah, esok hari last first week internship kat PCSB KLCC. Nak tidur awal lah malam ni. Tata.



21 3 makhluk hot tengah panas!:
yeay! adik lepas abes paper bio semalam ne, nak buat ujikaji cara3 nak hapuskan ketumbit.
mama cakap, orang ade ketumbit sebab intai orang mandi? betol ke?
ayop!
selamat berintern dengan jerawat batu, rambut baru serta ketumbit.
:D
adrinaqamarina yay! dah habis SPM!!! so ape lagi, pegilah buat ujikaji tu cepat! heheh.
Eh, tapi tak intai orang pun! Betullll...
tu la len kali jangan syok sangat skodeng awek sebelah ye hihihihi
berjaman toin baru nak tunjuk mashed potato nye aigoo
zarifahmr mana ada skodeng pun! orang baik laaaa.. hahaha...
Eh, at least tunjuk kot mashed potato tu! sedaaapppp
mak datuk abir, sumpah lah besar giler duhh. alah chill lah kan, bila lagi nak ada. tak gitu :P
AfiqahAzmee kan?? besar dan sakit ok!!! nak nangis je rasa. picit2 pun x mau pecah gak. geram2
selamat berintership...
Debaran 10 Disember 2010
Jumpa doktor before kulit ko rosak. Small operation take 15 minutes jerk. x payah jumpa pakar bedah pelastik ke ape. g klinik dekat rumah sudah :D
weh, lu mengintai org mndi ke haa tumbuh ketumbit mak nenek.hahaha..lawak ok..
amoi tu konpem teruja gile ngn romzey tu.dat y rmbut kau pon die wat style tu
weh, mcm best je mashed potato tu.nk jugak try
hahha..
kesian2..
alaaa..tp chill jek..
bile da bt rmbut tue,org xpndg da kt mte tue..
rmbut tu kott yg diorg tgok..haha..
it doesnt effect evn an inch bro..hahha..
Zahidah Dihaz Okay. thanks :-)
IRAH HAJERAH AZMAN Wow, dia pun dah mcm doktor dah.. xpelah.. biar je lah dia elok sendiri nnt..
hehe
thnks tau
Mimi Saidi
Ni lagi sorang. Asal ketumbit je, syak mengintai orang. mana adelah. Ni namanya rezeki. haha
Amoi tu pun tau ek pasal Dr Rozmey? kah kah kah
SIla lah try mashed potato tu.. tapi awas, stok ayam dgn sos tiram jgn byk2. nnt masin
Icha Wanie
Rambut tu tak best ah..
nak buat mcm mana..
haha..
tapi takpelah dah nasib badannnn
haha abir..part ketumbit tuh part paling best :P
Mcddy
kau tak dapat bayangkan perasaaan hari pertama intern dan berktumbit.. siyes down gila2
ketumbit tu pasal skodeng sekretari boss masa intern la tu..
cun x beliau?
sumpah gelak gile2 bace entry ni
alamak..ketumbit kat mata? dah kurang hawt la camni hehe
abir, len kali men masak masak tunjuk la gambar sekali. baru nampak skill kat dapur. keh keh
tag belog lari lari sudah dijawab! ;)
Bert
Sekertari tu tak secun kau kot.. kau kan ada stalker add kat fb ramaiii..
hahaha
Cik Gallus Gallus
lepas gelak, jangan lupa cek body temperature okay?
haha
Amirez
eh, sape cakap? still hawt ok!
Zarifahmr
alaaa dapur semak lah.. segan I!
heheh..
nnt lah. next resepi..
ok. selamat berlari2
baru ingat dpt tgk rambut ala dr rozmey :p
Catat Ulasan