Pengikut

Isnin, 15 November 2010

Warkah Berlagu Pilu Untuk Mak





ARAHAN : Play lagu Airmata Syawal -Siti Nurhaliza sebagai background dan dapatkan sehelai dua tisu.




(alamat pengirim dan penerima dirahsiakan. Takut-takut ada orang hantar rombongan meminang nanti. kan Bikpah?)




Kehadapan Mak yang tersayang,




Apa khabar Mak di sana? Semoga sihat hendaknya. Anakmu ini sihat-sihat sahaja. Ya, sihat dari segi kesihatan dan juga saiz badan. Ini mungkin kali pertama anakanda menulis surat untuk Mak. Harap Mak terharulah hendaknya ya. Ketika menulis warkah ini, mata anakanda bergenang dengan air mata. Cukup banyak ya Mak. Agak hodoh muka anakanda menangis. Mak mesti nak tau kan kenapa anakanda menangis? Ok. Mak baca perenggan seterusnya ya.




Mak,


Mak tahukan, anakanda sedang menghadapi minggu peperiksaan di Universiti Teknologi Petronas nun jauh di Toronto ni. Mak kan nak anakanda berjaya dalam pelajaran. Nanti boleh jadi Engineer. Dapat duit banyak-banyak. Kahwin cepat. Bagi Mak cucu cepat. Kan? Agak stress tau Mak minggu exam ni. Lebih-lebih lagi, kawan-kawan universiti lain, banyak dah habis exam. Anak Mak Cik Rosmah jiran kita yang suka jaga tepi kain orang tu pun dah balik rumah cuti sem. Tapi, biasalah kan Mak, minggu exam. Takkan nak balik rumah kot. Hancur lah result nanti.




Mak,


Minggu exam kali ni lain sangat rasanya. Bukan sebab banjir macam kat Kedah tu ke ataupun sebab salji turun dengan lebatnya kat Toronto ni ke. Tapi sebab, Hari Raya Aidil Adha jatuh dalam minggu exam anakanda. Untuk pengetahuan Mak, anakanda rasa sedih sangat sebab hari raya jatuh dalam minggu exam. Si Shamala dengan Raju seronok lah. Dorang raya dah last week. Tapi kan Mak, eventhough the hari raya is in the exam week, anakanda ni professional ok. Anakanda janji study gilew-gilew hard lah.




Mak,


Mak tak tau lagi kan kenapa anak Mak ni menangis sakan ala-ala Fasha Sandha ni? Ok, Mak kena tabah tau. Mak kena kuatkan semangat. Raya kali ni kan Mak, anak Mak ni, TAK DAPAT NAK BALIK RUMAH. *kuatkan volume lagu background tadi ye. Mak, inilah first time kita tak dapat beraya bersama. Syahdunya. Pagi raya nanti dengar takbir raya sorang-sorang je. Kalau nasib baik, adalah foreigner Myanmar ngan Sudan kat depan bilik ni teman. Kalau tak, sorang-sorang je lah dengar takbir raya.




Mak, 


Sedih tau. Sedih gila-gila babas lah. Fatul, Mici, Jufree, Ariz semua balik rumah jumpa Mak-mak dorang. Boleh tengok lembu kena sembelih kat KL tu. Kat Toronto ni apa je ada? Kucing babi banyaklah nak buat sembelih. Sedihnya Mak.... Wooo .. Woooo... Mak, anakanda teringin nak makan ketupat lemang rendang mak beli masak tu. Takpelah Mak, Mak simpan dalam fridge. Lagi 1 minggu anakanda balik. Kita sambut raya haji lagi sekali ok?




Mak,


Mak jangan risau anakanda kat sini. Anakanda beraya dengan buku je kot. Ada jugak kawan-kawan yang tiba-tiba tak nak balik sebab kena psycho dengan anakanda. Haha. Jahat tak anakanda? Yelah, kalau balik, mana sempat nak cover semua chapter. Nanti exam nak jawab apa kan? Takkan nak jawab berapa banyak lemang makan time raya ataupun berapa ekor lembu kena korban kat Masjid kat rumah tu kan?




Mak,


Ok mak, ini perenggan kesimpulan. Macam karangan UPSR lak kan? Hihi *gelak comel. First paper anakanda start Isnin ni pukul 9 pagi nanti. Pastu Rabu ni raya kan kan? Pastu next paper Isnin depan, Rabu and last paper hari Sabtu. Doakan tau Mak. Anakanda target nak dapat Dean's List Award lah sem ni. Doakan tau! Lastly, nak cakap, Selamat Hari Raya Aidil Adha Mak.






Yang benar,


(Abir Abhar)
Anakmu yang berjisim 80 kg
dan tak balih rumah sebulan lebih lebih.


XOXO






Gambar buat Mak lepas rindu.


29 3 makhluk hot tengah panas!:

Admiral Hafiz berkata...

sob3


Admiral Hafiz Official Website: Admiral'z Legacy

Abir Abhar berkata...

Admiral : Ahha

sue-mai.al-musadda berkata...

selamat hari raya! hahaha. aku balik rumah raya ni. weee~

Abir Abhar berkata...

sue-mai ; so? ade aku kesah? grrrr..

husna. berkata...

hahaha. high 5!
nak exam barulah terkedek-kedek nak tulis surat untuk mak.

best of luck for your final exam
abg abir~

Abir Abhar berkata...

Husna : thanks ya!
tulah, homesick ni.. sobs2

zarifahmr berkata...

alah mak, abir saje tanak balik mak. sebab nanti kalau balik habis semua lauk pauk tak dan orang lain nak rase. betul tak mak? eh mesti lah mak lebih tauu kan mak kannn
mak??eh makcik...heheh

lalalalala~

rugi tak balik. bikpah nak datang minang tau. haha

ZaCk AzRiN berkata...

slmt mymbut hari raya di perantauan...
dont be sad...hari raya bkan tuk kter bsedey...tp utk kter bgembira...btepatan lah dengan hari raya kali nie pd awk...korban rasa rindu demi bjihad menduduki exam...hrp awk tbah...

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA IDIL ADHA...
^__^

Abir Abhar berkata...

Bikpah : amboi saje je kan! beta tengah diet ni.. so betul lah kot.. kalau balik nnt, sia-sia je diet.. haha

ni apekesni? belum datang minang dah panggil "Mak"? haha..


Zack Azrin : Thanks! doakan ye!

ZaCk AzRiN berkata...

=) dah2 jgn sedey2...smile...=)

zarifahmr berkata...

geli je nak diet2. makan tu nikmat tau!

ni seng ragel lah. bukan apekesni. ;p
biar la biar laaa..jeles haha

Abir Abhar berkata...

Bikpah : haha... sang rogol...
hehe
memang lah makan tu nikmat..
tapi kalau overweight, lemak sana sini, nikamt ke?

jackieKOH berkata...

huhu..sedey nyer~~~~~ta pe..ktorg ad..huhu

Entri Terbaru [kot?] : Tak nak wish aku ke?

:)

Abir Abhar berkata...

Jackie KoH : nak duit raya plsss

jackieKOH berkata...

haha...aku lum kawennn~~~ ahha

zarifahmr berkata...

sebut elok2 boleh tak ;'(

<b>IRAH HAJERAH AZMAN</b> berkata...

*menangis*
nak tambah sikit,

"mak, semua sama macam abir tulis, cuma bezanya, die cuma perlu study, tapi sistem anakanda dengan report system tak siap lagi mak.Selain itu, sebab sem ni anakanda slalu sakit, maka slalulah ponteng sekolah, makanya, banyak kene cover. Oh teori grafik programming memang macam haram mak. Aher kata, anakanda balek tengah bulan 12 sebab kawan baik anakanda nak nikah. mana tau nanti berkat tgk kawan kawen anakanda boleh kawen cepat2 juga. Cepat mak dapat cucu ~..~ "

the end xD

Mimi Saidi berkata...

aduh syahdunye surat ni.hahahaha.sengal la ko.ntah2 mak ko heran ke tidak ko x balik ni.gaya mcm x balek raya aidilfitri.raya korban je pon bro..hahaha

Abir Abhar berkata...

Jackie : Ye lah.. ni budaya Melayu..
yang muda kena bg duit raya time raya haji.. raya aidilfitri lain...


Bikpah : ala... bikpah marah lak..
da lama nak tny, apa mksd Sang Ragel ea?

Abir Abhar berkata...

IRAH HAJERAH : ingatkan cik puan yang nak nikah bulan 12 ni.. haha.. boleh gak hntr surat jemputan kat mak.. haha


Mimi : mestilah mak aku heran. time aku call hari tu, mak aku terperanjat beruk kot...
yelah first time beraya tanpa anak teruna dia ni kan?
so, raya korban ni kena berkorban lah

zarifahmr berkata...

seng ragel=yang bongsu

Abir Abhar berkata...

Bikpah : owh ye ke? sowi tatau!

mimi berkata...

kesiannya.good luck ok?=))

mizzbutterfly berkata...

rase nak lempang lelaju jerh ko nih..sian mak ko..raye dgn adek ko aje.,. la..its okie..KIRA PENGORBANAN jugak ni bhir..

Abir Abhar berkata...

Mimi : thanks! :-)


mizzbutterfly : jgn lah lempang I! I tak salah lah. ahha...
nama pun raya korban..
kena lah korban sket

edzlin007 berkata...

Sayangggg Mak...Salam Aidiladha Abir

Tanpa Nama berkata...

abir comel! jom kapel? ahaha :P

farhana tupani berkata...

bapak ahh. hottt lah katekan. sampai bg surat warkah utk mak tersayang. cute!

::sherry:: berkata...

HAHAHA.. suka gila part kuatkan volume lagu tuh !! sumpah lawak gila babeng ! gelak ketuk ketuk meja!!