Pengikut

Isnin, 29 November 2010

Selamat Intern Abir Abhar

Hari ini dah Isnin dah. Sabtu hari tu aku dah goreng habis paper last aku. Dah dua hari merdeka dari Final Exam. Dan tandanya dah habis dah pun Tahun Ketiga Semester Satu kat UTP ni. Dah nak intern (praktikal) dah Isnin depan. Cepatnya masa berlaluuu. Auww~


So, kenapa tak balik-balik rumah lagi? Buat apa menyemak kat UTP lagi? Buat apa menslowkan Internet UTP yang dah memang slow tu?


Ok. Sebabnya rasa syahdu nak tinggalkan UTP. Lama kot lepas ni takde kat UTP. Lebih kurang 9 bulan jugak lah muka ni korang takkan nampak kat UTP. Takkan nampak lagi aku melantak kat kafe. Takkan nampak lagi aku berjogging petang-petang pusing tasik. Takkan nampak lagi aku lepak-lepak kat Ameeth. Takkan nampak lagi aku jalan-jalan kat pasar malam Sri Iskandar. Takkan nampak Myvi aku tu kat parking V4. Takkan nampak lagi aku makan kat Sabila. dan macam-macam lagilah.
9 bulan kot! Lama tu. Kalau mengandung, sempat beranak kot!


Post ni memang macam syahdu sikit. Yelah, saje nak feeling-feeling sikit. Bukan selalu pun. Korang boleh play background music lagu Korea kalau korang nak. Pejam celik pejam celik, dah tiga tahun setengah dah aku bermastautin kat bumi Toronto Tronoh ni. Yelah, dulu mula-mula nak masuk UTP ni, bukan main seronok. Tapi tak lama pun keseronokan tu. Kejap je rasa seronok. Lepas tu rasa macam neraka. Ye, Tronoh ni memang lah satu tempat yang kalau nak compare dengan UKM kat Bangi tu ataupun UiTM kat Shah Alam, memang jauh lah bezanya. Dorang dalam bandar. UTP ni? Dalam hutan. Cuma sekarang dah maju sikit sebab ada KFC ngan Ayamas. *kagum tak?


Tiga tahun setengah kat UTP ni, macam-macam aku belajar. Belajar handle event, belajar kawal duit, belajar kawal makan, belajar urus masa dan macam-macam lagilah. Lain rasa dia macam zaman sekolah dulu. Betullah apa orang cakap tu, masuk universiti ni lain dari sekolah. Kat U ni bebas dia lain macam. Depends lah sama ada nak jadi manusia atau nak jadi setan. So, aku masih lagi manusia kot. Tak setan sangat. Haha.



Saje konon-konon sweet tempah cupcakes.


Kawan. Kat UTP ni, alhamdulillah, memang ramai kawan. Kawan nak ajak makan, kawan nak ajak swimming, kawan nak ajak pegi Ipoh, kawan balik KL, kawan gossip, kawan ke kelas, kawan join event, kawan pergi masjid, kawan ponteng kelas dan kawan-kawan time susah senang. Ada kawan tu rapat semester ni, pastu semester lagi satu tak rapat sangat dah. Ada kawan tu macam chipsmore pun ada. Macam-macam lah. Tapi seriously, dekat UTP ni, aku jumpa ramai manusia hebat dan mereka mencorak siapa aku hari ini.


Lepas ni, aku intern sampai lah bulan Ogos 2011 nanti. Intern kat Petronas Carigali, KLCC. Tak lah tinggi manapun office nanti. Tingkat 9 je. Tapi still, excited sebab dapat naik KLCC tu. Pastu kan, September 2011 nanti baru masuk UTP balik dan grad pada September 2012. Lantaklah UTP. Aku elok-elok patut grad bulan Jun. Kau tambah lagi tiga bulan. Baguslah bagus.


Lastly, kepada semua budak Engineering batch July 2007 dan intake July 2008 serta budak ICT dan BIS Jan 2008, SELAMAT INTERN-lah. Nanti balik UTP, kita tengok muka sape lagi matang, muka sape lagi comel, badan sape lagi tough ok!



Muka berangan bayangkan betapa "seronok"nya internship ni.


p/s : Kepada Cik Icha Wanie
post kali ni tak lawak ye. 
So, tak yah gelak ok.

18 3 makhluk hot tengah panas!:

adrinaqamarina berkata...

alahai sungguh sedey~


lepas ne tak nampak ag muka abang abir dan rakan3 kat utp ne. *sobs*

tetiba je kte jadi budak utp sekali.

selamat ber intern untuk kamo, kamo dan kamo~

Abir Abhar berkata...

adrinaqamarina tulah pasal.. terkejut tibe2.. haha...
thanks tau!

zarifahmr berkata...

jumpa kat klcc yawww!

Abir Abhar berkata...

Zirafahmr alaaa.. xnak... nak jumpa kat zoo negara

Judiene berkata...

Perasaan yang same aku rase mase aku mule2 nak pergi intern dulu.
Setahun jugak la lamenye.

Abir Abhar berkata...

Judiene Auwww.. betul tu. sobs2... sedey gak lah

zarifahmr berkata...

kat zoo pi jumpa zirafah

Abir Abhar berkata...

memang nak pegi jumpa zirafah pun.. err ni zirafah ke?

mizzbutterfly berkata...

oll da besh abhir!!!

ainulhusna berkata...

selamat intern abir!

farhana tupani berkata...

tahniah abirr!

<b>IRAH HAJERAH AZMAN</b> berkata...

KLCC? hahaha. bak kate luqman semalam, kalau tension kerja, bleh terjon dari tingkap. ngeh! Weh, tu la dilemma aku skang. Sadis la jugak tinggalkan UTM n JB slama se sem neyh. sob3 :(.

Hazwan Arif berkata...

SELAMAT MNJADI KURUS

zarifahmr berkata...

zirafah ni makan orang tau. lagi2 spesis macam abirabhar. yang super duper hot mesti enak. aaummm!

NHAR berkata...

selamat melakukan latihan industri yer.. jgn lupakan tronoh tu terus. hahaha

ichawanie berkata...

sob3..incik abir..
sediyh lak kli ni.
sebab TERHARU de nme sye di akhir entry ni..
lg,sebab pkir adakh incik abir akn jrg update blog..
terabur gile ayt..
uwaaaaaaaaa...

tp kan cptnyer kmu pg intern..
mechi pure ekk..?
sye nye LI starting ths april..adeh

Amirez berkata...

tahniah dah tamat paper :)
good luck for ur intern

Nurul Ashikin berkata...

selamat berintern abirrr!!!