For more info yang panas-hot-gila,
Registration MEDIA TOUR 2010 akan dibuka pada hari ini dan esok (2 & 3 Feb 2010)
di booth Medtech @ MMK.
Sila bawa RM50 as deposit.
Untuk lebih mengghairahkan mata dan juga nafsu anda,
sila ke
ni gambar Media Tour 2009...
Takkan nak terlepas lagi kot?
rugiiiiii wehhhhh
MERAJOK NGAN
PENGUNJUNG/ PEMBACA/ PEMINAT/ PENGOMEN BLOG NI!!
Sila pujuk saya sekarang....
Sekarang dah tak super duper hot macam
Hanis Zalikha dah.
Dah tak feymes mcm
redmummy dah.
And dah tak hype macam
Oh!Artis dah..
Even dah tak selawak
Apekesni pun..
*Malas nak update daaa...
Sebab bukan ada yang rindu I pun..
SIAPA NI?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tolonglah percaya.
Ini gambar aku time kecik-kecik dulu.
D I E T !
Sila lah komen, tak perlu puji kalau rasa tak perlu
saiz seluar dah bertambah, baju makin ketat
bila amik gambar, perkataan pertama terkeluar ialah Gemuk!
nafas dah tercungap-cungap..termengah-mengah
bila tunduk tengok bawah, kaki semakin tak dapat dilihat
bila balik kampung, sedara mara yg jumpa last time Raya cakap kaw gemuk!
muka makin bulat! hilang angle biasa amik gambar
rasa segan nak jumpa member/nak keluar rumah
makin menyampah tengok diri sendiri dalam cermin
tetibe pikir pasal nak diet atau execise!
DAN PALING PENTING SEKALI
bila timbang berat badan, berat naik mendadak ke angka yang tak pernah terfikir.
*sbg contoh, naik 8 kg dan berat melebihi 80 kg dan BMI melebihi paras normal.
SO ABIR, START LA DIET DAN JOGGING PUSING TASIK TIAP-TIAP PETANG OKAY!
KISAH IKAN SIAKAP
Hari Sabtu and the Ahad baru-baru ni, aku bercuti ke Melaka. So sangat best la the percutian itu ye. Malam sabtu tu aku ke Umbai Baru. Ala, perkampungan Ikan Bakar Terapung tu. Banyak kedai-kedai gak la.
Mula-mula, aku masuk, tengok, full gila orang. Siyes. Kalah NZ ngan Pelita ok. Aku pegila dari kedai ke kedai.
And untuk information korang, kat sini, semua kedai jual benda yang all the same ok. Semua Ikan, sotong, ketam, udang, dan dugong. (ok, yang dugong tu rekaan je ok)
Malam tu, memang hajat di hati I, I nak mamam ikan siakap masak sweet n sour.
Mata I cuma pandang kat list harga ikan je and mama I usha2 size ikan and kualiti sotong2 yang ada.
Kat
Kedai A (
nama sebenar kedai itu dirahsiakan)
" Err, siakap ni sekilo berapa hengget?"
" Owh, macam ni sekilo dalam RM38"
(dalam hati) "mahalnya.."
Pegila pulak ke
Kedai B.
" Err, siakap ni sekilo berapa hengget?"
" Tak mahal bang. Sekilo RM28"
(dalam hati gak) "wah murahnya!"
Pastu sampaila ke
Kedai C.
" Err, siakap ni sekilo berapa hengget?"
" Kat sini sekilo RM30. Siap masak sekali ye"
" Err, kenapa harga kat kedai A tu mahal ek?"
" Owh, Ikan Siakap kat kedai tu semua Ikan Siakap betina."
" Habis tu kenapa kat Kedai B tu murah pulak?"
" Kedai B tu jual Ikan Siakap tua. Sebab tu lah murah."
Shit! Nak beli ikan pun ada diskriminasi gender and umur.
Baik beli ikan confuse jantina macam tu kan?
Facebook mencabul?
amaran/pemberitahuan : Post ini saje-nak-gedik-gedik guna I I you Uolss k. I bukan mak nyah tau!
Wah, tajuk nak 18SX je kan? Tapi kan, apa yang I nak cerita ni kan, memang lebih kurang macam mencabul gak la. Mencabul privacy orang. I bukan apa, dunia sekarang kan makin maju uolss, semua orang ada facebook, semua orang nak ada facebook. Tak kira umur lah. Walaupun FB tu kena 18 tahun ke atas, tapi budak-budak darjah tiga pun da pandai tipu umur semata-mata nak ada FB ni. Nasib baik takde age limit. Sebab tu la makin ramai mak cik-mak cik pun ada FB ni.
I nak share ni, kalau uolss nak tau, pengguna Facebook paling tua kat dunia ni dah berusia 102 tahun. Nama dia Ivy Bean. Dah nak masuk 103 tahun da umur dia tau x. Hebat tul nenek ni. Dia pun macam pengguna FB yang lain la. Dia upload photos, update status, main farmville, mafia wars.. Haha. Rock jugak la nenek ni. Sape-sape jadi cucu dia mesti bangga..
Tengok tu profile Ivy Bean ni, (oldest facebook user) siap ada fans ngan fan photos lagi tau! Uolss ade ke?
Macam I pulak, family members I pun ramai da ade FB ni uolss. Uncle, auntie, cousin, adik, anak sedara, sedara dekat and sedara jauh, semua ada FB ni. Memang tak payah nak telefon-malam-malam-buta-guna-telekom-nak-gosip-gosip lagi dah. Semua guna FB je. Ahha. Teknologi-teknologi. Kadang-kadang time family gathering, sibuk mintak hadiah dalam fishville atau farmville. Sibuk tanya macam mana leh cepat naik level dalam cafe world atau restaurant city. Sibuk gak beat highscore masing-masing dalam typing maniac ngan mcm-mcm game lagi.
Pastu kan, akhir-akhir ni kan uolls, cikgu-cikgu I pun ramai dah ada FB tau tak. Tak mcm zaman dulu-dulu, Friendster pun cikgu-cikgu ni tak tau amende. Sekarang ni, cikgu-cikgu I la yang rajin fertilize farm I kat farmville tu. Hehe. Sayang cikgu-cikgu. Nanti saya bagi hadiah ye cikgu! Seronok kan ada FB?
So uolss semua, kalau uolss nak buat akaun FB, make sure uolss ready membenarkan orang lain masuk dlam privacy hidup uolss ok? Selamat berfacebooking semua!!
*add saya kalau kenal je k. Ahha.
**Jangan lupa follow saya kat
TWITTER k? Dah lama ada, cuma baru nk promote. Klik
>sini<
Bukan sengaja gedik-gedik nak muka aku ni masuk majalah,
Tapi nak buat macam mana kan?
Dah pun termasuk...
MEDIA HIBURAN lagi tau..
kelasss gittuu..
Macam artis la plak...
Cuba la cari mana satu aku.
Seriously time ni aku nmpak lain...
So korang, apa lagi?
Pergilah beli Media Hiburan sekarang!!
p/s : aku pun tak beli lagi.
ni pun amik dari blog
Acap
SEKITAR KUALA LUMPUR WORLD MARCHING BAND COMPETITION 2009 (KLWMBC 2009)
Dah lama terbuku dlm hati nak tengok marching band ni depan mata sendiri. Dah lama dah dgr promo pasal event ni. Sebab tu la excited semacam. Plus, aku dulu pun pernah join band kat MRSM dulu. So, sangatla excited.
Aku pegi dua hari. Dua-dua hari kat Stadium Bola Sepak KL. Yang kat Putrajaya yang masuk ASTRO tu aku tak pegi yang kononnya lagi best dari kat stadium yang dekat ngan rumah aku ni. (banyaknya la 'yang' kan?)
Time aku pergi hari Khamis tu, takla ramai sangat orang. Stadium tak penuh sangat pun. Tapi bila finals je hari Sabtu tu, punyalah penuh stadium. Nak parking pun susah. Tapi takpela. Disebabkan minat punya pasal, usaha gigih nak masuk gak stadium. Gigih la sangat kan?
Tak caye? tengok gambar kat atas ni. Penuh kan stadium? Time hari sukan sekolah aku dulu kat stadium ni pun tak sepenuh malam tu. Tiba-tiba teringat memori jadi wakil rumah sukan lari dalam stadium ni dulu. Eceh. Sekarang ni? Tak mampu rasanya nk macam dulu-dulu.
Kebanyakan team yang join adalah schools from Southeast Asia. Kelakar bila dengar nama sekolah2 from Thailand. Nak terbelit lidah eja nam sekolah2 tu. Gambar kat atas ni salah sebuah sekolah from Thailand. Best gakla pperformance dorg.
Kalau korang nak tau, kebanyakan penonton malam tu memang datang nak support wakil Malaysia. Of coursela band from Victoria Institution (VI) ngan Sekolah Sultanah Asma. Rasa-rasanya, ramaila senior2 sekolah2 tu dtg support. Bila time wakil Malaysia je, semua jerit bagai nak gila. Seriously, best. Kat atas ni gambar Sultanah Asma School Marching Band. Purple+pink+white lagi tau. Comel!
Disebabkan nak dpt seat VVIP tak dapat, dudukla dekat dengan budak-budak band ni. Jangan jeles k. Budak-budak Sultanah Asma sebelah I je U olss. Nak jadi abang angkat larh! Ahha. Tak caye? tengok gambar atas ni. Dorang semua penat tu lepas perform.
Apa-apapun, malam tu, Malaysia dapat third je. Sekolah Sultanah Asma. First ngan second dapat kat sekolah Thailand. Entahlah. Takde rezeki maybe. Lepas habis je penyampaian hadiah, terus keluar si Aizat wat performance. Sambil ada persembahan bunga api lagi tau! Meriah sangat!
Hopefully, next year, ada lagi la KLWMBC ni. Bukan apa, best kot dapat tengok dorg. Rasa mcm kagum sangat.
BTW, jangan nak komen pasal gambar aku ni ye.! Memang nampak berisi. Puas nak edit. Tapi x jugak nmpk kurus. Salahkan mak aku. Sape suruh masak sedap-sedap tiap-tiap hari!
DAFI 21
Hari Sabtu minggu lepas, aku berkesempatan ke Dafi birthday party. Dah 21 dah umur dia. Tp shit, aku nmpak lebih tua dari dia! Hahaha.
Tema pada malam tu adalah black and white. Ala-ala taik cicak gitu. Aku pun pakai la yang ado je. Last minit weh! Tempat dorg wat majlis ni lak seriously aku tak tau kat mana. Tropicana Golf and Country Resort. Puas aku pusing area damnasara tu. Tak gak jumpa-jumpa. Bayangkan la 7.30 kuar rumah, pukul 9 mlm baru smpai. Sesat weh. Time sampai je si Noryn Aziz tengah nyanyi lagu birthday untuk si Dafi tu. Kantoi lambat!
Mata aku pun meliar la cari muka-muka yang aku kenal. Nasib baikla ramai gak. Kiss-kiss sket pastu hug2, terus aku cari kerusi kosong. Then, apa lagi, terus makan ar. Perut lapar beb. Sambil makan2 tu, adik Dafi tgh menyanyi on stage before Dafi lak menakluk pentas. Agak menarik la tengok persembahan malam tu. Seronok2.
Pastu kan, apa lagi, semua gila kamera la. Amik gambar sana sini. Macam artis lak kan. Haha. Malam tu sempat gak la meet Sharifah Amani ngan Carmen Soo. Seriously si Carmen tu sangat leng ar! Cun saja! Dalam sibuk2 amik gambar ngan mereka-mereka ni, tiba-tiba ada orang panggil nama aku.
"Abir"
Aku pun toleh la. Rupa-rupanya bapak Dafi, Datuk Ismail Sabri tegur aku. Wah! Sejak bila Datuk kenal aku? Aku pun tergamam la. Speechless weh. Terus aku salam dia sambil snap2 gmbr sket. Ray ckp, maybe Dafi penah citer pasal aku kot. Takpun pasal aku follow blog dia. Haha. Bangga sekejap. Thanks Datuk.
Papehal pun, malam tu mmg best. Thanks
Ray,
Megat, Kak Amy, Fara, Kak Nani,
Acap, Najwa,
Nad, Shima, Rajan,
Joey, Kak Zeti, Leonard and semuala dafinites yang ada mlm tu. Bila la dapat jumpa lagi kan?
Lastly, Happy Birthday si Dafi! 21 tahun da weh!
enjoy gambar2 kat bawah ni.
Nak lebih story?
MALAYSIA MENANG EMAS BOLA SEPAK SUKAN SEA
Perasaan aku?
~ Mestilah bangga budow. Mana taknya. Dah 20 tahun kot. Sama macam umur aku ni. Maksudnya kan, penantian pingat emas sukan Sea tu sama lah usianya ngan diri aku ni. Lama tu.. 20 tahun beb. Dah boleh kahwin dah.~
Kali terakhir Malaysia menang emas kan tahun 1989. Sukan Sea time tu kat Kuala Lumpur. Mak aku lak time tu baru pas beranakkan aku. Tak sangka kena tunggu umur aku 20 tahun baru leh dapat pingat emas tu lagi kan?
Overall final lawan Vietnam petang Khamis bolehlah aku rumuskan sebagai rezeki+tuah. First half sumpah Malaysia main teruk. Passing pun hancur. Sakit hati je tengok. Vietnam lak xde luck nak score. Aku geram gila kat Fakri tu. Main mcm ape je. Byk chance hilang mcm tu je. Nasib baik second half kau kena tukar ngan Zaquan Adha. Baru la nmpk hidup sket game Malaysia.
Benda paling kelakar time match ni kan, aku mcm terkejut tengok gol tunggal perlawanan tu. Macam tak percaya je leh gol. Siap macam terpause kejap. Lepas 3 saat, baru jerit gol!!!! Adik-adik aku pun sama. Lepas aku jerit, baru dorg pun jerit gak. Kelakar weh.
Aku gelak2 gak la tengok family aku kumpul ramai-ramai tengok bola ni. Adik aku, dua-dua tak senang duduk. Macam-macam bunyi dorg buat. Cuma mak aku je ekstreme sket. Macam2 komen dia lontarkan. Aku lak, jadi mcm pengulas.Pakai sebut je nama player. Tibai je la labuu.
Kat bawah ni gambar team Malaysia Sukan Sea tahun 1989. Sumber dari harimaumalaya.blogspot.com. Dah tua dah pak cik semua ni.
Hensem tak dorg? Auww. Matang-matang je rupa dorg.
Cuba compare ngan player-player untuk Sukan Sea 2009 kat bawah ni lak.
Ntahlah. Adik-adik aku cakap dorg ni hensem.
Aku?
bolehlah...
Lastly, nak jugak lah cakap tahniah kat team Malaysia. Semoga team yang ada sekarang ni dipolishkan lagi. Dorg ni muda-muda lagi. Bergetah lagi. Hantar lawan byk friendly. Baru la dapat experience. Ranking pun bleh naik. Okla. Nak jerit ni. MALAYSIA BULLEH!
1-0 je?
Tekaan aku salah la..